Ahlan Wasahlan...

Tuesday, April 10, 2012

Nikah khitbah...

Assalamualaikum…..kasih …..perasaan rindu serta sayang….merupakan suatu perkara yang normal bg makhluk yang bergelar manusia…perasaan tersebutlah yang akan lengkap melengkapi antara seseorang makhluk yang bergelar manusia dengan makhluk yang lain….sesuatu perhubungan yang dibina bertunjangkan cinta kerana Allah…insyaAllah syurga balasannya…bukanlah mudah untuk mencipta suatu hubungan yang diredhai Allah….banyak perkara atau peraturan yang perlu dikedepankan atau diaplikasikan dalam kehidupan perhubungan tersebut…supaya ianya terpelihara….dan seterusnya berkekalan hingga ke syurga… Zaman serba moden ini…khususnya kepada mahasiswa mahasiswi, pelajar-pelajar universiti atau kolej…tak dapat tidak….mesti berkeinginan untuk mencari pasangan hidup masing2….mana tidaknya….umur makin meningkat….dan keinginan untuk mendirikan rumahtangga semakin meluap-luap dalam diri….seperti yang kita dapat lihat sekarang….pelbagai kaedah dalam merealisasikan impian dengan pasangan masing-masing….antaranya bernikah ketika masih bergelar mahasiswa…hehe……so sweet…..pasangan yang mana mendapat bantuan dari ahli keluarga sememangnya beruntung….sokongan sepenuhnya dari ibu dan bapa khususnya…amatlah diperlukan…al maklumlah….still student kan….hehe…selain itu ada juga pasangan pelajar ini yang lebih senang untuk melakukan nikah khitbah….atau sinonim dipanggil dengan bahasa nikah gantung…bagi sahabat-sahabat di luar sana yang masih lagi tidak jelas dengan istilah bahasa nikah gantung nih…insyaAllah…kita cuba berkongsi untuk entry kali ini… Melalui pembacaan, nikah gantung atau nikah khitbah ini juga merupakan suatu majlis pernikahan seperti biasa juga….dimana perlu memenuhi rukun nikah tersebut…antaranya bakal suami, bakal isteri, 2 orang saksi, ijab n qobul, serta wali…pernikahan dijalankan seperti biasa…akan tetapi…perlu wujud suatu perjanjian antara si suami dan keluarga sebelah isteri….dan ianya lebih kepada perjanjian mengenai tanggungan nafkah si isteri oleh suami….sebagai contoh pernikahan antara pasangan yang masih bergelar pelajar….tiada pendapatan tetap dan masih tidak mampu menyara isteri selepas pernikahan….oleh yang sedemikian…..islam melonggarkan sedikit atau meringankan beban si suami ini tadi dengan kaedah meletakkan si isteri terlebih dahulu di bawah penjagaan ibu bapanya….dengan erti kata lain…makan minum dan pakai masih lagi di bawah tanggungan ibu dan bapa si isteri sebentar tadi…walaupun jelasnya pasangan ini tadi telah selamat bernikah…..cantikkan syariat islam nih…….cara untuk menjaga kesucian agama…akan tetapi…jika di dalam tempoh perjanjian ini tadi….si suami membawa pulang si isteri ke rumah si suami…tidak kira sama ada rumah hasil pembelian suami atau rumah sewaan suami….maka secara automatiknya….jatuh nafkah sepenuhnya ke atas suami terhadap si isteri dan bukan lagi si isteri tersebut dibawah tanggungan ibu bapanya lagi…..walau sekalipun isteri melangkah masuk ke rumah suami atas urusan sebentar…maka tetap terbatal perjanjian tersebut… So kepada sahabat-sahabat di luar sana…pasangkan niat dari sekarang….doa pada Allah moga dipercepatkan proses pernikahan…kekadang pernikahan ini perlu diusahakan dari menunggu ianya datang….antara usaha yang boleh dilakukan untuk peringkat awal ini…apa lagi…cepat-cepatlah isi borang kursus pra perkahwinan….hehe…..selamat beramal…..wassalam…… 