Ahlan Wasahlan...

Tuesday, September 27, 2011

Segar di ingatan...


Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengenal erti penat jemu
ingatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

Bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi

Family Day KKDK...






Assalam....was a nice moment being all KKDKIANS...huhu....weekend lepas ada gak join family day kkdk...hehe...seronok jugak bila mana bertemu balik semula rakan2 setelah hampir 4 bulan bercuti...kira time tuh baru ada kesempatan utk berjumpa semula ramai2...merempit lah kejap ngan si mail menujuke BP Mall...family day kami men bowling beramai2....huhu...

kesian rakan2 yang lain terpaksa menunggu kami berdua...sebab kami dah terlambat waktu tuh...merempit dengan aksi cilok mencilok...wow....thats great...terharu plak semua pakat menunggu kami...hehe....maaf yek semua kengkawan...kami insan yang tidak sempurna...permainan bowling pun dimulakan..seperti biasa lah kan..riuh rendah suara kami...KKDK budak2nya memang periang...memang gamat lah senang cter suasana kat situ...

Dah lama jugak aku tak bermain bowling nih...bedal je lah kan...masuk longkang tuh perkara biasa bg yg amatur mcm aku nih...tp semangat utk menandingi rakan2 yang lain tetap ada berkobar2...hanya ingin melakukan yang terbaik....kalah atau menang belakang criter kan...hehe....so kat cnih ada lah ckit gambar yang sempat aku kongsikan...kuliah telahpun 3 minggu berjalan...dah banyak lah jugak silibus dipelajari...moga akademik aku meningkat semula tahun ini...amin....k jumpa lagi...wslm....

Saturday, September 24, 2011

Akhir zaman...


Aku melihat dunia hari ini,
Orang-orang Islam ibarat di genggam,
belenggu orang-orang kafir.
Akhirat mereka luput
dunia pun tercicir.

Budaya jahil tidak di ambil peduli,
melampau-lampau dalam hiburan,
Khayalan keterlaluan,
luas…luas membanjir,
teruk..tak tertaksir orang-orang yang karam.

Barus,Singkel,Pasai,Ranir,Cord​oba,Baghdad,Andalus,
Hilang…hilang di telan zaman.
Kita lupa semua jawaban persoalan kehidupan,
yang mahir dihafal.

Mampukah kita nak jawab di depan mungkar dan nakir nanti?
Setengah-setengah orang kata,
Sejarah ini ibarat pentas bermain wayang.

Cerita-cerita lampau di hurai,
Di panjang-panjangkan.

Bila tamat,
Di ulang..dan di ulang..ulang kembali,
Itulah sejarah.

Kalau begitu,
takkanlah mustahil,
untuk giliran islam pula yang mendatang,
tamadun kita yang lama dahulu yang indah gemilang hidup semula,
Kembali segar bugar terbentang,
Di dunia yang luas.

-nukilan puisi dari Syed Naquib Al-Attas-

Sunday, September 11, 2011

Long Journey...


Assalam…selamat sampai di bt pahat jhor…meneruskan saki baki tahun akhir pengajianku….haha….sekejap benar masa berlalu…pejam celik pejam celik aku sudah berada di tahun akhir…terlalu banyak suka dan duka aku lalui sepanjang berada di sni…namun ianya aku harungi secara perlahan2….dan sesungguhnya segala kejadian ini lebih mematangkan aku…masih tidak terlewat rasanya untuk aku mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan2 yangmengenali diri ku ini…maafkan salah silap yek…haha…setiap insan tidak smpurna….namun jadilah sesuatu yang terbaik..walaupun kita manusia tidak akan pernah sempurna…lewat ptg semalam aku sampai di sini( bt pahat)…susur keluar yong peng dekat ckit…(singgah sebentar solat di masjid berdekatan simpang masuk ke sri bengkal)…

Segar rasa muka apabila disapukan air…hilang rasa keletihan…ketenangan dirasai pabila selamat sampai…huhu….sakinah sakinah…sakinah…bila mana teringat pada mak pg tadi…tika aku meminta diri untuk berlalu pergi…utk menyambung semula saki baki pengajianku di universiti…ku kucup erat dahi dan kedua pipi emakku…dengan tidak semena-mena emakku mengalirkan air mata….Ya Allah….Engkau sahaja yang tahu perasaan aku dan emakku pada ketika itu…berpisahnya dua insan dalam ikatan suci sebagai seorang ibu dan anak…

Sungguh tidak dapat aku gambarkan dengan kata2…sesungguhnya…Engkau maha mengetahui…kuatkanlah iman ku Ya Allah…permudahkan pengajianku disini….jadikan aku anak yang soleh….berilah aku kesempatan untuk membalas jasa ibuku….doa emakku yang kuharapkan tika ini….itulah kekuatanku…amin ya rab….semoga tahun akhir ini menitipkan kenangan2 yang terindah dalam diari kehidupanku…selepas ini tidak tahu kemana akan ku berhijrah lagi…sesungguhnya Allah maha mengetahui akan sesuatu perkara…sedangkan aku tidak…buat masa sekarang still dalam mood mengemas rumah…hehe….masih menanti kepulangan rakan2 yang lain….selamat pulang semua…berhati-hati di perlajanan….sekian…wassalam….