Ahlan Wasahlan...

Saturday, August 27, 2011

Rahmat Ujian...


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Wednesday, August 24, 2011

Renungan semalam...


Assalam…still dalam hujung2 ramadhan….genap 24 ramadhan hari ini…sekejap benar masa berlalu…ramadhan bakal berlalu pergi meninggalkan kita…syawal pula bakal menjelma…bagaimana ramadhan kita kali nih…renung2kan lah bersama…dalam memahami agama islam ia bukanlah terlalu sukar…walaubagaimanapun ia juga tidak boleh dipandang terlalu mudah…bersederhanalah dalam mencarinya….insyaALLAH…ia dapat kita fahami dan perhalusi dengan sebaiknya-baiknya…

Terkenang kata2 sahabat yang terpangil untuk berkongsi sedikit ttg islam…islam terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu syariat, makrifat,taurikad dan hakikat…keempat-empat perkara ini perlulah dipelajari, difahamkan, diamalkan, dan seterusnya disampaikan kepada sesama saudara islam…tidak lengkap mencari redha Allah sekiranya ke empat2 perkara ini tidak dilakukan secara seiring dalam kehidupan kita manusia yang mengaku beriman kepada Allah.

Manusia yang beriman yakni mengaku keesaan Allah wajib mengikut perintahNya…tidak boleh sama sekali mengambil agama secara sebahagian…percaya adanya Allah…beriman kepadaNya..akan tetapi melanggar perintahNya…mengapa hujung2 usia dunia yang terlalu tua ini ramai yang berperlakuan begini…tahu akan syariat agama…tp tidak berpegang kepadanya…nafsu dijadikan tunjang utama dalam diri sehingga agama dicampakkan ketepi…musahabah diri kita semua…andai esok kita dijemput Allah pergi…adakah kita telah bersedia…sejauh mana harta akhirat kita…renung2kan lah…

Tidak kurang juga akhir zaman ini manusia sering memperbincangkan mengenai isu agama…di corong2 radio….media2 massa…kedai makan…dan byk tempat lain lagi…ia benar…sampaikanlah walau sepotong ayat Allah…pahala bgmu…tp cukupkah kalau sekadar menyampaikan…bagaimana pula dengan dirimu wahai penyampai…adakah kamu beramal dengan ilmu yang kamu ada…itu yang menjadi persoalan…surah as-saf ayat 2 : Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!...sesungguhnya celakalah bagi orang2 yang memperkatakan tentang sesuatu kebaikan wal hal dia tidak beramal dengan kata2 nya itu…

MasyaAllah…sehingga ke tahap itu syaitan menusuk masuk ke hati manusia…syaitan telah berjanji pada Allah bahawa dia akan senangtiasa menyesatkan anak adam sehingga ke akhirnya…teringat juga aku akan 3 persoalan yang mana pernah diajukan oleh seorang pemuda nih kepada seorang guru agama…yang mana 3 persoalan ini telahpun ditanya beliau kepada ahli2 akademik yang berpendidikan tinggi…bergelar profesor2….namun menjumpai jalan buntu…

Dengan takdir Allah…berjumpa lah pemuda nih dengan seorang insan yang bergelar guru agama ini tadi…dari sudut pendidikan akademik tiada lah sehebat mana….namun pengabdiannya pada Allah…itulah segala-galanya…soalan yang pertama…tentang kewujudan Allah…benarkan Allah itu wujud…yang kedua tentang takdir…apakah yang dimaksudkan dengan takdir…soalan yang ketiga… kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api?,tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

Tiba-tiba guru agama tersebut menampar pipi si pemuda dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab guru agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”. “Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru agama tersebut bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru agama tersebut bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama. Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?”“Tidak” jawab pemuda.“Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama. Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit” . Jawab pemuda.“Pipi anda diperbuat dari apa?”“ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.

Maha suci Allah…begitu besar kekuasaanNya…tidak dapat ditafsir oleh kita sebagai manusia yang sesungguhnya sentiasa terbatas dari segala perkara…begitu juga dalam konteks menutup aurat…mendirikan solat…dan byk lagi…semuanya adalah perintah Allah..hendak atau tidak…bg insan yang beriman kepada Allah wajib memenuhinya…jgn diberi alasan tidak dapat menjiwai lagi…tidak smpai seru lagi…dan seangkatan dengan ayat di atas…ajal maut di tangan tuhan…kita tidak mengetahui….sewajarnya lah kita bersedia dr sekarang…jangan kita menyesal di akhirat kelak…muhasabah diri kita di akhir2 ramadhan yang penuh barokah ini….moga kita tergolong di kalangan orang2 yang beriman…amin ya rabbal alamin…peringatan utk diri yang hina ini juga…semoga kita semua beroleh manfaat di dunia wal akhiroh…insyaAllah…sekian wassalam warahmatullah…

Saturday, August 20, 2011

Buka puasa...



Assalam…was a nice moment being all my old friends since secondary school….SPM 2004…kenangan yang tidak dapat aku lupakan…hehe…really appreciate that kind of friends lah senang cter…mlm semalam kami berbuka bersama-sama di salah sebuah restoran steamboat di sri manjung nih…SHABU SHABU nama kedainye…seminggu jugak lah proses persediaan dijalankan…hehe…lebey kurang 10 orang yang dtg semalam…tp ade yang dah blek x sempat bergmbar…

Ok meh cnih aku perkenalkan kawan2 aku nih…starting from the left side…the handsome n cool person one wearing spec adalah best friend aku…en hazwan namanye…still single but not available….dah kije pon kat area manjung nih gak…then yang berbaju ungu tudung putih tuh zubaidah namenya….darah manis tuh…insyaALLAH 3 sept nih dah nak akad nikah…so dah nak masuk fasa not available lah kan….hehe…sebelahnye plak yang berbaju putih dan berambut ikal mayang tuh adalah ezleen….anak tokei kedai baju…..ROHAYA BOUTIQUE….kuang2…dan merangkap girl friend aku yang kedua…hehe…x dek lah..lawak jek….jgn mara k…

Then yang sebelahnye lagi adalah nur hazwani…hah dah puan dah nih…so sweet…sedang mengandung 4 bulan…sweet mummy…hehe…sebelahnye pulak lagi yang cmel2 tuh adalah eika jamil…aku suka lah ngusik dier…die pun x kurang…..suka ngaco aku…same2 lah senang cter…bakal cikgu english tuh…already grad from ukm…TESL…hehe…sleng London tau eika nih...yang pemalas swg tuh…maklumlah baru lepas makan….dok nyando dagu kat bahu eika adalah fatin hamizah….my best friend ar kat sek men dulu…program nih kira die tungkus lumus ar dalam tempah2 makan semua nih…sebab die suka makan…cm aku jugak….so aku ngan fatin bleh jadi geng makan yang baik…haha…

Dan yang terakhir hujung sekali kanan tuh x len dan x bukan…bintang yang kian menyerlah sekarang nih…en ijoy@zozo@mun@cikgu sood@abg fasi@abg cute….hehe…aku lah tuh….x nampak ke gambo aku terpampang kat tepi tuh…selaku penulis cter nih lah….haha…aku suka mencari-cari semula kengkawan nih…story mory blek kan…sharing is caring….byk perkara boleh dikongsi…memang best….so nice…k…nih entry aku kali nih…jumpa lagi ramadhan depan..hehe….wsslam warahmatullah…

Wednesday, August 17, 2011

Kabur...


Assalam…benarlah pepatah mengatakan…cinta tidak semestinya memiliki…terlalu halus sekiranya kita ingin memperbincangkan soal cinta ini…terlalu rumit…segalanya telah ditetapkan oleh Allah sejak di luh mahfuz lagi…pengorbanan yang tinggi perlu dilakukan demi menggapai cinta yang sejati…apa sekalipun nilai cinta itu…cinta pada Allah adalah cinta yang terbaik dan cinta sejati…bukankah Allah telah berjanji…jika engkau tagih cinta Aku…maka cintamu didunia ini akan aku sempurnakan…

Allah senangtiasa bersama-sama dengan orang yang sabar…Dia mengetahui ape yang terbaik untuk hambaNya…sejujurnya hatiku terasa runsing…hatiku bercelaru…terlalu banyak perkara yang aku fikirkan sejak akhir-akhir ini…Allah sedang mengujiku…Ya Allah…jika derita yang Engkau takdirkan pada aku ini membuatkan aku lebih mengingatiMu…maka aku lebih memilih derita ini Ya Allah…daripada bahagia yang kurasakan…akan tetapi hatiku jauh denganMu Ya Allah…aku redha segala ketentuanMu…jika benar ia jodohku..maka dekatkanlah hati kami dengan sinar barakah Mu Ya Allah…dan sekiranya ia bukan jodohku…maka Engkau lapangkanlah dada dan hati kami Ya Allah…agar bertambah ketaqwaan kami kepadaMu Ya Allah…

Hari ini genap 17 hari menempuh ramadhan…muhasabah di mana tahap ke taqwaan kita kepada Allah….carilah malam di mana terdapat di dalamnya malam seribu bulan…lailatul qadar…moga berbahagialah hidup kita didunia wal akhiroh…luahan hati seorang hamba yang kabur…jernihkan hati ku Ya Allah…sesungguhnya Engkau maha mengetahui…sedang hambaMu ini tidak….amin…amin…. ya rabbal alamin….wsslm warahmatullah….

Sunday, August 14, 2011

Mari belajar bahasa jepun....huhu....


Assalam...ptg2 sambil melayari internet....terperasan plak update huruf2 dalam bahasa jepun...so ape lagi....try ar create name sndiri ngan nama sahabat....so ini hasilnya:

kazikizidota rinkazidokato & arikichiki lukachikirinkari

kalau kawan2 pandai try ar carik mksdnye...kalau dah dapat senyap tau....hehe....selamat mencuba...

Saturday, August 13, 2011

Kelebihan tadarrus di bulan ramadhan...


BULAN Ramadan mengingatkan kita dengan turunnya wahyu yang pertama (al-’Alaq: 1-5) yang bermaksud: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Dengan sebab itu digalakkan membaca al-Quran terutamanya pada bulan Ramadan. Ini kerana al-Quran digandingkan dengan puasa dan juga bulan Ramadan.

Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.” (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)

Dr. Muhammad al-Zuhaili dalam bukunya Mausu’ah Qadaya Islamiah Mu’asirah 1/328 berkata: “Sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah, dan sesiapa yang mahu berbicara dengan Tuhannya, maka hendaklah membaca al-Quran. Ini kerana al-Quran merupakan hidangan Allah yang diturunkan-Nya kepada hamba-hamba-Nya untuk dinikmati dan dikecapi.”

Sebuah hadis riwayat al-Hakim dan beliau mensahihkannya menyebut: Daripada Abdullah bin Mas’ud, daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran merupakan hidangan Allah, maka terimalah hidangan-Nya semampu kamu. Sesungguhnya al-Quran ini tali Allah, cahaya yang nyata, penyembuh yang bermanfaat, penyelamat bagi siapa yang berpegang dengannya, kesejahteraan bagi siapa yang mengikutinya. Tidaklah ia menyeleweng, pasti diperbetulkan dan sesat pasti ditunjukkan keajaibannya tidak putus-putus.

Ia tidak binasa dengan sebab banyaknya dibaca. Bacalah al-Quran kerana Allah menggandakan kepada kamu pahala pada setiap bacaannya. Setiap huruf dengan sepuluh kebajikan. Adapun sesungguhnya aku tidak berkata ali lam mim satu huruf tetapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf.”

Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berhimpun untuk membaca al-Quran dan bertadarus. Baginda menjelaskan kepada mereka kelebihannya antaranya: Diturunkan sakinah dan tama’ninah serta ketenangan, rahmat dan pelbagai lagi kelebihan kepada yang cintakan al-Quran.
Sebuah hadis riwayat al-Turmuzi daripada Abi Sa’id bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi, siapa yang disibukkannya oleh al-Quran daripada memohon kepadaku, nescaya aku kurniakannya yang lebih afdal daripada yang aku kurniakan kepada orang yang meminta. Dan kelebihan kalam Allah SWT berbanding dengan semua kalam sama seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya.”

Friday, August 12, 2011

Muhasabah Cinta..


"Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu"

Dia, seorang yang amat ku sayang. Seorang yang slalu kubanggakan. Seorang yang slalu kuharap kehadirannya. Ketika ku jauh darinya, tak tau apa yang terjadi padanya. Setelah beberapa tahun tak berjumpa dengannya, dia kisahkan dirinya saat di sana.

"Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu"

Sungguh ni'mat sihat itu adikku sayang. Jangan pernah lagi kau siakan masa itu. Jangan samai waktumu tersia sepertiku. Hidup berkecukupan, sihat kurasakan, tapi begitu banyak pula dosa yang kuperbuat kerana semua itu.

"Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku"

Kini semua itu tlah hilang, adikku. Sihat tak lagi di jasadku. Tapi aku sangat bersyukur, aku tlah diingatkan kembali pada-Nya. Ini menjadi teguran untukku, agar aku kembali pada-Nya, Cinta tertinggi, ALLAHURABBY. Adikku sayang, jangan kau siakan waktumu. JAngan sampai engkau mendapat teguran terlebih dahulu, baru bertaubat. Slalu ingat DIA adikku, sayang. Jangan pernah kau lupakan dia, walau hanya sedetik. Slalu ingatlah DIA.

"Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabah cintaku"

Ya Rabb, ampunilah khilaf dan salahku slama ini. Maafkan aku yang baru mengingat-Mu setelah KAU beri peringatan. Terimalah taubatku, kumohon, karena hanya ENGKAUlah tempatku memohon, tempatku kembali.

"Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu"

Adikku sayang, aku tak pernah menyerah. Aku slalu berusaha, aku berusaha untuk yang terbaik, agar kuperoleh cinta-Nya. Semoga nanti aku dapat bertemu dan melihat DIA. Jadilah yang terbaik, sayang. JAngan sampai jalan yang pernah kulalui, terulang kembali padamu. Kakak yakin, kau bisa.

Ya ALLAh...Hari ini dia, orang yang kusayang, kuharap kehadirannya setiap saat, hari ini tlah kembali pada-MU. Kumohon ya Rabb, terima dia di sisi-MU, bersama orang-orang yang KAU cintai dan mencintai-MU.

Kakakku sayang, adik sangat mencintaimu, kau milik-NYA dan kini tlah kembali pada-NYA. Ku ikhlas, Kakak. Karena semua berawal dari tiada menjadi ada. Dan yang ada, akan kembali tiada. Semoga ALLAH mempertemukan kita kembali di kesempatan yang sangat indah.

Diriku yang tak pandai merangkai kata, tak mampu membuat orang mengerti.
Biar, biarlah kucuba mengerti sendiri.
Ku yakin ada Dia yang Maha Mengetahui yang mengerti segala tentang dia dan aku.

Tuesday, August 9, 2011

Si kecil yang berjiwa besar...


Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Moral :

Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t.Semoga menjadi renungan bersama.

Sunday, August 7, 2011

Cebisan Kenangan...





Jenazah di belakang makmum semasa solat asar didirikan...Solat jenazah didirikan sebaik selesai solat asar...


TAMAN PERSEMADIAN ISLAM SRI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZHUAN



Antara sahabat-sahabat yang hadir


Sahabat-sahabat bersama ayah arwah

Assalam…..7 ramadhan bersamaan 7 ogos 2011 jam 3.30 pagi…aku dikejutkan dengan berita kembalinya sahabat tersayang adik MUHAMAD FAIZ NORZAILAND ke rahmatullah…Al-Fatihah buat arwah…sebak rasa hati…jantung berdegup kencang…menggigil seluruh anggota badan…satu persatu kenangan bersama arwah memancut keluar dari sebenak pemikiran…jatuh semuanya membanjiri diri…Ya Allah…sekali lagi ujian Engkau hadapkan kepada hambaMu ini ya Allah…selepas pemergian ayahandaku yang tercinta dulu…aku redha ya Allah…aku redha dengan ketentuanMu…dari Allah kita datang…kepada Allah jua lah kita dikembalikan…

Ungkapan asy-Syaheed Sayyid Qutb di ambang kepulangannya kepada ar-Rahmaan:

Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi

Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar...

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata terakhir arwah di telingaku…abang ijoy,raya nih kita berziarah ke rumah kak wani yek…sempat jugak bergurau soal jdoh…arwah adikku ini pemalu orangnya…tp kdg2 nakal jugak…arwah pergi dalam usia yang masih muda…semuda 23 tahun…terlalu banyak kenangan manis dan pahit kami lalui bersama…juga dengan sahabat-sahabat yang lain….Ya Allah…sesungguhnya Engkau lebih menyayanginya…...Adakalanya Dia memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana DIA mengerti keperluan hambaNYA, adakalanya DIA mengambil semula tanpa memberitahu kerana DIA sentiasa tahu apa yg terbaik untuk kita dan semoga kita sentiasa dikurniakn segala yg terbaik daripada NYA…amin ya rabbal alamin…

Pertama kali aku mengenalinya adalah sewaktu arwah mendaftar masuk ke kamsis puo…dari situlah mekarnya kasih sayang antara kami bersama-sama sahabat dan sahabiah yang lain…kami senang dengan perwatakannya yang sungguh bersederhana…dia seorang yang tegas dalam bekerja…namun senyuman di kala penat membanting tulanglah penyeri segala-galanya…Allahu akhbar…terharu rasa hatiku apabila melihat begitu ramai sahabat sahabiah yang hadir menziarahi arwah semalam…boleh kata dari seluruh Malaysia sibuk hubung menghubung apabila mendapat berita tentang kematian arwah…tidak kurang juga yang datang…aku sebagai sahabat yang terdekat dengan rumah Allah antara yang paling terkesan dengan pemergiannya…telefon tidak henti2 berbunyi dengan panggilan dan pesanan…ruang group ex-pssi dan kamsis puo jua tidak kering2 dengan post terbaru mengenai arwah…sempat jua aku melihat post terakhir arwah di ruang wall fbnye…kata arwah “ Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi "

Seperti telah dapat merasakan sisa-sisa hidup di dunia, sempat berpesan sebelum pergi buat selama-lamanya, kepada arwah adikku faiz…semoga dikau tenang di sana..insyaAllah di syurga kita berjumpa….sekian….ikhas dari sahabat yang merinduimu…amin…

Friday, August 5, 2011

Hati teringat...


Assalam….baru je blek td…..menonton movie bersama adik dan kak ngah….best gak ctenya…RISE OF THE PLANET OF THE APES….huhu…bukan ape…saje meluangkan masa ngan adik badik…sebenarnya x dak ape yg hendak aku criterkan sgt mlm nih…just terasa nak bersembang jap…family sume dah nyenyak dibuai mimpi…erm…teringat sebuah kata2… “manusia membentak mengapa Allah turunkan hujan, rupa2 nya Allah nak hadiahkan pelangi yang cukup indah” subhanallah…cukup cantik ayat nih….mendalam mksdnya…itupun jika kita pandai mentafsir dengan mata hati…memang betol kata orang…bila mana kita ditimpa ujian oleh Allah…kita sering mengeluh kan….kerana manusia x mudah nak ikhlaskan hati utk terima ujian tersebut…apatah lagi ujian yg mana dirasakan terlalu berat utk dipikul…

Allah dah beritahu pada hambaNya…tiada ujian yang akanKu titipkan kepada semua hambaKu melainkan dengan kemampuan mereka…itu janji Allah…di dalam melayari hidup sebagai manusia di muka bumi Allah ini…nak atau tidak…kita kena akur akan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah…syariat agama islam lah senang criter…bersesuaianlah dengan kedatangan ramadhan yg sedang kita selami bersama-sama kini sebagai umat yang beragama islam…pertingkatkan ibadah…itulah cara kita nak tunjukkan rasa cinta kita pada Allah…sebagai contoh…selami kalamullah…bertadarrus…tadabur dan sebagainya…perbanyakkan bersedekah…dan amalan2 sunat yang lain selain solat tarawikh kan…huhu…di hujungnya nanti pasti kita akan rasa kenikmatannya…..jika ianya dikerjakan ikhlas kerana Allah…

Aku rasa bertuah sangat2 sebab inilah pertama kalinya aku dapat menghabiskan satu bulan ramadhan bersama keluarga tercinta setelah hampir 5 tahun merantau mencari ilmu di negeri orang…kebiasaannye ketika menjelang ramadhan dan aku masih di dalam sesi kuliah…kawan2 sekuliah la yang menjadi teman bersahur dan berbukaku…sama2 kami mengerjakan solat tarawikh pda mlmnye pula…dan sama2 berkunjung ke bazaar ramadhan mencari makanan untuk berbuka…hehe….seronok jugak sebenarnya….akan tetapi tak sama la jika nak dibandingkan dengan kebahagiaan ketika menyambutnya bersama keluarga tercinta…aku pulak baru je menamatkan latihan industriku di sebuah syarikat yang tidak jauhpun dr rumah….mcm dah dirancang…tamat je latihan terus memasuki bulan ramadhan…huhu…So kepada semua sahabat/sahabiah selamat menjalani ibadah puasa...selamat beramal...

Thursday, August 4, 2011

Sebiru hari ini...


Sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini

seindah hari ini
indahnya bak permadani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah

selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini

Wednesday, August 3, 2011

Kelebihan ramadhan...


Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)


Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
Anugerah Allah (bagi orang yang benar).

Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.

Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

"Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)


"Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)

Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

Monday, August 1, 2011

Bisikan seorang teman...


kalau dulu ku tahu nikmat iman itu sgt manis.semanis madu...
sudah lama ku titipkan dalam hati ini dgn cara Islam..
sudah lama ku sarungkan kaki ini dengan sarung stokin yg comel...
agar tidak nt aku berpijak di atas landasan api yg panas kelak..

andai ku tahu bertapa selamatya bertudung labuh...
sudah lama ku jadikan tudung yg berkain jarang itu..bukan dr sebahagian jemuran di ampaian..
bila ditiup angin...terbang entah ke mana
habis mengundang bencana..

kalau ku tahu permata dan berlian itu indah
indah dipandangan mata hingga mengundang petaka
sudah lamu ku jadikan tudung yg bertahtahkan permata n berlian itu sebagai..pengalas meja...bukannya menjadi p'lengkap m'singkatkan lagi hingga menampakkan yg tak sepatutnya..subhanallah..

andai ku tahu bunga mawar itu cantik..
mudah menjadi panahan lelaki..
kelak membinasakan diri..
seharusnya aku harus menambahkan duri2 mawar
agar tidak mudah aku terjebak dgn londakan nafsu...
agar tidak mudah daki-daki kotor berpaut pd pautan itu..

-iman adalah p'lengkap kehidupan...
bisik seorang teman-