Ahlan Wasahlan...

Monday, February 28, 2011

Kem motivasi kerjaya@profast...




as salam...pekabar kawan2...arinih nak bercerita ckit mengenai program yg baru je lps aku harungi selama 3 hari 2 malam bertempat di KemAh bt 13, jalan air hitam,muar,johor....actually....prgam n ih memang best......kena plak ade slot treasure hunt and lominius( night walk)...hehe...so bertambah-tambah lah sonoknye...huahuahuahuahua....sekalung perhargaan diucapkan kepada seluruh peserta....ajk..trainer....n para penceramah termasuk en shahrul kerana sudi sesame memerah tenaga untuk melaksanakn program ini...alhamdulilah program nih success...cacat ckit2 biase lah tuh kan....hehe....sebenarnye..melibatkan diri dalam program nih byk kebaikkan....leh meningkatkan jati diri...mempertingkatkan lagi keyakinan dalam pengucapan awam....teknik2 menjadi seorang fasilitator yg lebih baik dan byk lagi...kemahiran insaniah kan...amat penting tau kengkawan semasa kita bergelar pelajar nih...lebih berguna lagi apabila kita menempuh alam pekerjaan suatu hari nanti...hehe...btw...kita jumpa lagi len kali...wslm.....

Tuesday, February 15, 2011

Semai Bakti...




As salam...tanggal 12 dan 13 februari yang lalu...aku bersama-sama delegasi dari uthm telahpun sempurna melaksanakn misi bantuan bencana banjir di kawasan pagoh johor...aktiviti ini merupakan aktiviti yang pertama kali aku sertai sepanjang hidupku...banyak pengalaman dan iktibar yang dapat aku serapi dalam diri aku sebagai seorang hamba ALLAH...mungkin beginilah keadaan dan situasi yang acapkali terjadi di kawasan2 luar negara...sesungguhnya Allah maha kuasa...melihatkan keadaan rumah yang sempat kami kunjungi...kesan akibat bencana banjir...amat menyedihkan...hampir 90% barangan rumah musnah akibat bencana banjir...buku2 sekolah...pakaian...pinggan mangkuk...perabot2 rumah....dan sebagainya....musnah kesemuanya...kekadang ketika sibuk menghulurkan bantuan...terlintas di fikiran...bagaimanakah rasanya jika situasi ini terjadi pada keluargaku...mesti teramat sedihkan...dan dalam masa yang sama...tiada pihak yang menghulurkan bantuan...hanya airmata kesedihan dapat dilinangkan membasahi pipi...meratap kesedihan...mengharapkan jika ada sekalung budi pertolongan...dari pihak yang benar2 berhati dan berperi kemanusian...akan kucuba untuk memahatkan jauh di lubuk hati...agar sentiasa ikhlas dan istiqomah...dalam menghulurkan setiap keringat ...agar dapat menolong setiap insan yang bergelar manusia...tanpa mengira bangsa atau agama...jika mereka berada dalam kesusahan...teringat aku pada kata-kata arwah ayah..." setiap insan yang susah, wajib kita membantunya...kerana Allah mengurniakan pahala yang berlipat kali ganda, di atas setiap pertolongan yang kita hulurkan, biarlah kita yang terluka, tetapi jangan sampai insan lain yang terluka"...InsyaAllah ayah...kata2 dan nasihatmu tetap segar dalam ingatanku...akanku amalkannya dengan izin Allah...moga rohmu ayah...tenang bersemadi di sana...Ya Allah...aku terlalu jauh deganmu ya Allah...Kau rapatkanlah semula diriku denganmu Ya Allah...agar dapatku mencium haruman syurgaMu...peliharalah diriku Ya Allah dari segala bisikan syaitan...peliharalah imanku...peliharalah keluargaku...sesungguhnya Engkau Ya Allah...Maha Berkuasa...lagi Maha Penyayang...

Sunday, February 6, 2011

Rempit...Sri Mnjung - Bt. Pahat...

as salam....pekabar sume kengkawan...harinih aku nak bercerita tentang pengalaman aku menaiki moto sejauh beratus ratus kilometer jauhnye....hehe....pada mulanye aku menyatakan hajat nak bawak mto blek dr perak ke jhor...mak terkejut berok dgr...hehe...biar betol anak aku nih kan...buang tebiat ape....hehe...betol lah mak....anak mak nih kan ader super power...aku nyakat mak...huhu...for the first time nak bawak mto sejauh itu...sungguh mengejutkan mak...tp aku gagahkan diri...seawal 6 pagi aku bangun....bersiap2...tika aku bangun...aku lihat mak dah bangun...lg awal rupenya...terharu melihat mak...sanggup bangun awal siapkan juadah untuk aku...hehe...aku pun ape lagi...makan bebanyak...2 jam awal perjalanan mto smooth jek...x dek masalah...namun ditakdirkan Tuhan...break down plak kat sg buloh....adushh....jem panas....2t pump rosak...piston x cukup lubrication...huhu...calar lah ckit...erm...hampir 2 jam gak ar tersadai...namun berkat doa dan izin Allah ...dapat gak lah teruskan perjalanan...hehe...nak tau tak...gerak dr umah kat manjung kul 8.30 pagi...sampai kat umah bt pahat jam 11 malam...huhu....dekat 15 jam atas jalanraya....bukan ape...byk singgah...kl...ayer keroh....n pagoh...huhu...erm..tu je lah kot untuk kali nih...btw...jumpa len kali...wslm sume... :)...

Wednesday, February 2, 2011

Si Gadis dan cinta...


Seorang gadis tinggal di sebuah pekan kecil. Zaman kehidupannya bukanlah di saat Islam sedang memuncak naik menjadi Daulah Islamiyah. Tetapi dia yakin, Daulah Islamiyah itu kelak pasti akan tercapai. Dia gemar membaca sirah tentang tokoh-tokoh sahabiah yang agung nama mereka; dulu, kini dan selamanya.

Zaman kehidupannya penuh dengan jahiliyyah yang menguasai setiap ruang lingkup atmosfera. Alhamdulillah, katanya. Alhamdulillah katanya, kerana Allah SWT masih mahu menyinari hidup dan dirinya dengan sedikit cahaya Islam. Dengan cahaya itu dia menilai baik dan buruk. Sudah tentu, ianya bukanlah mudah.

Rabiatul Adawiyah sumber inspirasinya. Wanita suci yang mengabdikan diri sehari-hari untuk beribadat kepada Allah. Seorang gadis yang sangat menjadikan Rabiatul Adawiyah sebagai idolanya, kadang-kadang dia tersilap langkah juga. Bukan senang mahu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah, tambahan pula dengan kehidupan dunia kini. Tak mengapalah wahai Si Gadis, menjadi seorang yang perfect seperti Rabiatul Adawiyah, kamu mungkin tak mampu, paling tidak, kamu berusaha bersungguh-sungguh mencontohi beliau. Seorang yang sangat menjaga maruah diri sehinggakan kehidupan dunia bukanlah yang diingini.

Gadis ini suka akan doa Rabiatul Adawiyah yang ini.

"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."

Dia hanyalah seorang gadis biasa. Suatu hari yang penuh berkat, muncul satu kunjungan untuk keluarga Si Gadis. Kunjungan luar biasa yang pastinya membincangkan isu masa depan Si Gadis dan Sang Teruna. Perbincangan yang pastinya menuju kepada sebuah pelayaran bahtera Baitul Muslim. Itu lah agendanya.

Dia terfikir, bagaimana mahu jadi seperti Rabiatul Adawiyah kalau begini keadaannya? Namun, menolak kepada sebuah perkahwinan bukanlah apa yang Si Gadis merasakan suatu yang betul.

Paling tidak, dia mahu menjadi seperti wanita yang menarik kuda Fatimah (anak Rasulullah SAW) untuk memasuki syurga. Wanita itulah yang pertama memasuki syurga! Sungguh hebat pengabdian wanita tersebut kepada keluarganya terutamanya kepada suami nya. Hebat-hebat kisah sahabiah yang ada! Si Gadis sungguh terinspirasi! Kerana sesungguhnya menjadi tujuan setiap manusia untuk menuju ke syurga-Nya yang abadi.

Kata-kata Zainab Al-Ghazali, "...Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa...". Perlu jadi yang luar biasa untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!

Si Gadis pernah terbaca tentang satu hadis.

"Bila telah datang (untuk melamar) kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan perangainya (akhlaknya), maka nikahkanlah dia, bila kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang bermaharajalela." (Riwayat At Tirmizy, Sa'id bin Mansur, At Thabrani, Al Baihaqi dan dihasankan oleh Al Albani)"

Masakan perlu ditolak kerana kejayaan mendirikan sebuah Daulah Islamiyah juga berasaskan dengan tertubuhnya sebuah Baitul Muslim. Baitul Muslim tidak akan berjaya tanpa adanya 2 individu yang benar-benar ingin menerapkan Islam ke dalam diri mereka, sekaligus berusaha untuk mengembangbiakkan Islam dalam masyarakat. Menolak lamaran daripada insyaAllah, seorang yang soleh bukanlah apa yang Si Gadis mahukan.

Pertemuan 2 buah keluarga sedikit sebanyak telah melegakan Si Gadis. Kerana dia tidak mahu berkawan dengan lelaki yang sebarangan. Berkawan yang tidak tentu hala yang akhirnya tak tahu apa tujuannya.

Namun dia sedar pertemuan ini, kalaulah pun mendapat 'restu' untuk berkawan daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak, bukanlah satu tiket untuk mereka berhubung tanpa ada tujuan yang membenarkan.

Perjalanan masih jauh. Pesan seorang pakcik, perlu sangat berhati-hati dan berdoa.

Tiada apa yang Si Gadis sepertinya dapat berharap, hanya agar Allah SWT memudahkan setiap cabang perjalanan hidupnya.

Apa-apa pun, saya suka mendengar Si Gadis bercerita. Katanya, dia bercerita untuk berkongsi agar ada bahagian daripada ceritanya boleh dijadikan teladan.