Ahlan Wasahlan...

Tuesday, December 25, 2012

Bicara Hati


Di hatiku ada cinta Di hati mu bertunas cinta Sudikah kau bercinta Kita temukan dua jiwa Kemari cantumkan dua hati menjadi satu . Biar perasaan terus merindu Sedang hati sudah berpadu Biar mata ingin bersua Walau jiwa sudah bersama Biar telinga mahu mendengar Walaupun mulut selalu berbicara Kita menulis membelai cinta Membena rasa bahagia Jauhi duka derita Dalam ikatan penuh dugaan Itulah yang mendidik untuk kematangan Usahlah duka tangis di jiwa Biasalah asam garam, adat berjauhan Pupuklah rasa sabar dan percaya Kerana sabar merupakan kekuatan Jangan mudah terpedaya dengan bisikan iblis dan syaitan Kerana mereka sesungguhnya tidak pernah jemu menyesatkan Sabar menunggu saat bersama...ku merindu...

Tuesday, December 18, 2012

Di titian sebuah penantian...


Assalamualaikum….alhamdulilah….masih diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat kehidupan dunia…hari ini genap 4 bulan 5 hari aku berkhidmat di syarikat SAPURAKENCANA PETROLEUM…..salah sebuah syarikat minyak dan gas dalam negara, dan khusus dalam menghasilkan planta minyak bagi pasaran dalam dan luar negara…huhu….boleh la tahan….banyak yang perlu dipelajari….lebih2 lagi bagi aku yang bergelar orang baru dalam industri ini…apa2 pun moga Allah kasih akan daku….amin. Selama 1 bulan 16 hari bergelar tunangan orang, boleh la tahan….rasa lebih bertanggungjawab…kena kerja keras ckit…..semoga Allah lindungi perhubungan kami…hehe…erm…btw agak kurang idea nak menulis sebenarnya nih…..dah hamper 4 bulan x update blog…huhu…semoga aku istiqamah dalam ibadah kepada Allah…biarlah hari2 yang mendatang setiap amalan dan perbuatanku diredhai Allah……disenangi ibubapa…..disenangi setiap manusia lain...mengakhiri coretan…terimalah sebuah ungkapan semangat:- Cinta terpisah ruang waktu Tetap cinta bersatu dalam hatiku Walau raga kita tak mungkin bersama Ku yakini hati kan tetap setia Ku percaya ke mana pun kau berjalan Suara cinta menuntunmu kepadaku Kerna bila cinta sudah bersemadi Takkan terpisah hati Demi cinta dalam hatimu Ku yakin engkau untukku Meski jejak pisahkan kita Cinta kan bawa kembali padamu Aku ada kerna kau ada Dan cinta hatiku hanyalah untukmu Jalanku tertuju padamu Ke mana pun kan pasti kembali Namun percayalah sahabat… segalanya berlandaskan ketentuanNya… Tiadalah cinta kita tanpa cintaNya… Tiadalah rindu kita tanpa rindu dariNya… Sesungguhnya, kasih sayang dan rindu kita atas izinNya…

Monday, September 10, 2012

Pencarian yang halal...


Assalamualaikum…..alhamdulilah….dengan izin Allah….aku berjaya mendapatkan pekerjaan setelah hampir sebulan setengah menamatkan pengajian di universiti…aku antara graduan yang terawal menjawat pekerjaan….memang benar ini semua rezeki dari Allah…tiada lain niatku hanya untuk membantu meringankan beban keluarga…Nampak penat sgt emakku memerah keringat selama nih dalam membesarkan aku dan adik beradik yang lain…alhamdulilah…gaji pertamaku diperuntukkan lebih kepada untuk bersedekah….kepada keluarga…serta anak2 sedara…terutamanya kepada ibuku…melihat kepada riak wajah gembira pada raut wajah ibu dan seluruh keluarga…aku rasa senang….sungguh lama mereka menunggu untuk merasai wang hasil dari titik peluhku….pada saat dan ketika itu….Allah telah merealisasikan segalanya…..amin Ya Allah….Allah humma amin….

Engkau berkatilah rezeki aku dan keluargaku Ya Allah…..permudahkanlah urusan kami di duniamu ini Ya Allah….gaji pertama kujuga diniatkan untuk membeli sebentuk cincin……aku niatkan untuk merisik seorang sahabat yg mana hampir 5 tahun aku berkawan dengannya…..alhamdulilah juga telah tercapai…aku yakin sesungguhnya Allah telah menitipkan aku untuknya….tinggal lagi aku dan dia perlu berusaha sehingga ke gerbang pernikahan…..insyaAllah…jika niat untuk menyempurnakan ibadah itu ada dalam lubuk hati…Allah akan permudahkannya…

Cadangnya waktu majlis konvokesyen kami nanti..aku dan keluarga akan terus merisik dia….moga Allah permudahkan niatku ini….teringat bait2 kata si dia sebentar tadi…kalau boleh bulan2 tahun depan terus nak nikah…nikah khitbah katanya….subhanallah…cukup memahami kehendak islam itu sendiri…..kewajipan dalam mencari perkara yg halal….fardhu bagi umat islam….syukur aku sekali lagi kerna dikurniakan sahabat yang memahami islam….aku juga senang dengan ibunya….sentiasa memudahkan urusan anak2…selagi mana berteraskan syariat agama….tiada dilarang…

Ku mohon pada si dia….teruskanlah berdoa pada Allah…semoga segala yg kita impikan selama nih menjadi kenyataan….berdoalah agar ibu dan keluarga kita masing2 senangtiasa menyokong kita dalam niat untuk mendirikan masjid ini….banyakkan berdoa….bermunajat pada Allah….insyaAllah…pasti ada jalannya…by the way…thnks sahabat for the real love story directly from ur blog….hehe…alhamdulilah sempat baca…dan daku memahami maksud hatimu….huhu….so jom jom tido…..esok sesame nak kije kan…don’t forget for texting me tomorrow morning k…huhu….salam rindu untukmu….assalamualaikum….

Sunday, July 8, 2012

Muhasabah terbesar


Pahatkan nisan serangkum syair.....keluh pujangga....kasih tak sampai...assalam…alhamdulilah…bersyukur kita kehadrat Illahi….dengan izinNya…dapat sama2 kita menikmati kehidupan sehingga ke hari ini….alhamdulilah…..genap 2 minggu aku menamatkan zaman universitiku…mungkin ini yang terakhir…..atau mungkin masih berbaki lagi pada masa akan datang…sekejap benar masa berlalu….pejam celik pejam celik…berjaya juga aku menamatkannya…kini aku kembali semula kepangkuan keluarga setelah hampir 6 tahun berhijrah…kembara menimba ilmu…sungguh hijrah ini….mengajar aku untuk lebih matang….juga mengenal erti kehidupan yang sebenar-benarnya…

Apabila banyak masa diluangkan dirumah….kadang2 memori lama terbingkis satu demi satu…bagai tidak percaya….aku sudah seusia ini…hampir menjangkau 26 tahun…suka duka kehidupan telahpun kutempuh…pahit dan manis…..asam garam bergelar khalifah di muka bumi…akan tetapi….sejauh manakah tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan Allah kepadaku……aku galas dengan sebenar-benarnya……ampunkan hambaMu ini Ya Allah…sesungguhnya aku amat hina disisiMu….

Ikhlas aku senang memiliki sahabat yang apabila berbicara kalam dengannya….membuat aku takut akan Allah…mendengar bait-bait katanya…membuat aku ingat akan kematian…memandang wajahnya….terserlah runtun wajah penghambaan pada sang pencipta…Ya Allah…Kau kurniakanlah daku sahabat yang melabuhkan cintanya padaMu Ya Allah….titipkanlah hati kami Ya Allah kejalan yang lurus…yakni jalan yang Engkau redhai….jangan Kau palingkan hati2 kami dari mengingatiMu Ya Allah….sesungguhnya….padaMulah tempat kami bergantung harap…

Aku Hadapkan wajah (Diriku) kepada (Allah) yang telah menciptakan langit-langit dan bumi dengan berserah diri kepada kebenaran (Sebagai) Orang Muslim, dan tidaklah aku sebahagian dari orang-orang musrik. Sesungguhnya, Solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku semata-mata untuk Allah Tuhan Sekalian Alam. Tiada Sekutu BagiNya dan dengan demikian itu aku di perintahkan dan aku sebahagian dari orang-orang Islam

Ingatlah sahabat semua……mati itu pasti….syurga neraka itu pasti….azab kubur itu pasti…alam barzakh itu pasti…ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara….lapang sebelum sempit……hidup sebelum mati…sihat sebelum sakit….muda sebelum tua…kaya sebelum miskin….dan sesungguhnya muhasabah yang paling besar itu adalah dengan mengingati mati….wallahualam…akhulikhauli haza wastaqfirullah hiwalakum….wassalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh….

Monday, July 2, 2012

Tahajjud cinta...


Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..

wooo..ooo
waaa…haa

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu

aa….
hmmm….

woo.. Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga

Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud

Thursday, June 7, 2012

Bertemu berpisah...adat kehidupan....



Assalamualaikum warahmatullah….hiwabarokatuh….alhamdulilah…..proses pembentangan projek akhir ijazahku….selesai jua….sesungguhnya…..tanpa izin Allah….maka kerdil lah aku…Dialah yang merancang segala-galanya….sedang aku sebagai hamba…..juga merancang….namun….segala ketetapan adalah dariNya…Allah rabbul jalil….khusus kepada ibunda tercinta serta sanak keluarga yang kurindui…doakan anakmu disini ibu…moga mudah segalanya…….kelak kepadamu ibu…aku tabor bakti balas segala budi dan penat lelah…

Pelbagai perancangan yang hendak dilaksanakan selepas bergelar pemegang segulung ijazah….namun…tidak ketahui…apakah pengawalan dan kesudahannya….kerana apa?…..kerana manusia sememamgnya terbatas dari setiap sudut perkara….suka ingin aku kongsikan disini….tentang planning untuk berkahwin selepas tamat belajar…..mungkin setelah 1 tahun bekerja….mungkin selepas 2-3 tahun….atau mengjangkau 5 tahun dan keatas….ya…..segalanya memerlukan perancangan dan usaha….bergantung kepada seseorang individu tersebut….sinonimnya bagi kaum hawa, mungkin lebih serius atau penuh komitmen dalam persoalan perkahwinan….pelbagai fakta dan kajian telah dilakukan….terhadap kaum hawa….mengenai kesan lambat berkahwin….justeru…tidak hairanlah kalau sejak2 akhir ini….fenomena kahwin semasa muda seperti zaman 60 an dulu menjelma kembali….hehe…..sebagai contoh aku sendiri…sapa yang tak nak kan berkahwin….kena pula dengan insan yang kita cintai…ya….itulah saat2 yang paling dinanti-nantikan bagi setiap pasangan kekasih…

Akan tetapi…kekadang….terpaksa jua kita melengahkan sebentar soal perkahwinan….atas dasar tanggungjawab misalnya…..terhadap ibu atau bapa yang memerlukan kita sebagai anak disampingnya….pengorbanan..pengorbanan…ya pengorbanan…..adakah zalim kita katakan…atau pentingkan diri sendiri jika niat ini kita dahulukan sehingga terpaksa mengorbankan kebahagiaan diri sendiri buat sementara waktu…insan yang diniatkan untuk dijadikan isteri..atau seorang ibu yang berhempas pulas membesar dan mendidik anak2 sehingga dewasa…besar tanggungjawab sebagai anak lelaki…memerlukan pemikiran yang matang dan wajar dalam setiap perilaku dan membuat sesuatu keputusan….bagiku….tiada cinta atas dasar paksaan….segalanya berlaku….atas kehendak Allah…dan jua dengan sejujur keikhlasan….bertemu utara dan selatan….di tengah-tengah kepulauan pantai timur….juga atas kehendak dan kuasa Allah…..tidak pernah kita sebagai manusia dapat menjangka perkara tersebut akan berlaku….namun…ianya telah Allah catatkan sejak dari luh mahfuz lagi…subhanallah….semua atas dasar kekuasaanNya…

Bukan rupa paras yang aku dambakan….cukuplah sekadar bicara dan perilaku mendidik kearah syariat agama…..melabuhkan cinta kepada Allah….dapat menjaga dan mendidik bakal zuriat2 ku nanti…biarlah busuk dan selekeh pada pandangan manusia…..namun wangi dan harum bak kasturi, seperti bidadari di mata Allah….biarlah kurang sifat anggota badannya……namun tidak pernah kurang ibadahnya dan zikir dalam mengingati Allah…..biarlah sombong pada lelaki ajnabinya….namun taat dan tidak pernah sombong….pada Allah…..rasulnya….jua ibu bapanya…..fatimah az zahra seindah nama…siti khadijah…indah terbilang….sumayyah penggongcang dunia….ainul mardhiah…..serikandi tercipta…Ya Allah…jika benar ia jodohku…seperti mana perancanganMu….maka titiplah hatiku dan hatinya…..semata-mata keranaMu Ya Allah…akan tetapi…jika ia bukanlah untukku…maka Engkau lapangkanlah hati kami Ya Allah…..sesungguhnya kepadaMu aku berserah….dan mengadu nasib ya Allah…

Buat sahabatku…aku mencintaimu sepenuh hatiku semata-mata kerana Allah…tiada lain terbuku dihati….selain ingin menyuntingmu sebagai bidadari syurga di dalam hatiku…aku berharap agar engkau dapat bersabar…..dan menggunakan masa dan ketika ini sebaiknya…..untuk berjasa kepada ibumu yang tersayang…insyaALLAH….jika ditakdirkan Allah kita bersama…..sejauh manapun kita berpisah…..kita akan berjumpa juga suatu hari nanti akhirnya….ingatlah….tiada yang dijadikan Allah sia-sia….melainkan dengan hikmah dan asbab yang benar semata-mata…..moga ianya dapat mendidik kita menjadi insan yang penyabar….selain meningkatkan taqwa kepadaNya….salam rindu buat sahabat dan keluarga…..akhir kalam…bertemu dan berpisah kita semata-mata kerana Allah…..waalaikummussalam….warahmatullah….

Wednesday, May 30, 2012

Perit...


Assalam….lame rasenya tidak berbicara kalam di blog ini…mungkin dah bersawang…namun tidak mengapa….sawang boleh dibersihkan…erm….sejak akhir2 nih…susah nak tdo mlm…walaupun seharian melakukan kerja dari siang….namun….payah juga nak tdo pada waktu malam…..fikiran sering tergganggu…mungkin banyak sangat berfikir kot….PSM PSM oh PSMku……huhu….rasa gementar juga untuk viva isnin nih……moga Allah beri daku kekuatan untuk menempuh segalanya…..amin…..Ya Allah….perit juga bergelar pelajar tahun akhir nih….dibebani dgn pelbagai perkara yang memberatkan pemikiran….mungkin itulah sebabnya mudah jadi tekanan….perlu rehat perlu rehat perlu rehat….huhu…..semalam col mak…..lewat mlm…hampir 12.30 mlm…..dgr suara mak pon dah mcm serak ckit….dah tdo agaknya…namun memikirkan anak….mak angkat juga panggilanku….maafkan ijoy mak…mungkin saat semalam ijoy terlalu memerlukan suaramu mak sebagai penenang hati ini….tenang rasanya bila mendengar suara mak….walaupun bukan masalah yang dikongsikan….namun seakan-akan mak memahami rintihan hatiku….Ya Allah….Engkau maha mengetahui…lagi maha kaya…tiada tempat lain selain Allah hanya pada ibu…mak…ummi….dan seangkatan dengannya sebagai tempat yang terbaik untuk mengadu perasaan…meluahkan sengsara di hati atau masalah…ibu..orang yang terbaik didunia bg seorang anak….hargai ibu kita….buat mak yang tersayang….ijoy pada masa nih berada di hujung sangat2 pengajian nih…..mohon doa mak agar lancar proses pembelajaran…moga doa mak Allah dengari dan penuhi….amin….amin…yarabbal alamin….

Sunday, May 13, 2012

Kematian Husnul Khotimah...

Definisi husnul khotimah = kematian yang baik Renungan kepada yang masih hidup, sebuah kisah benar yang diceritakan semula.. Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan. Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir. Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup. Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati. Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t. Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah. Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai. Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

Sunday, May 6, 2012

The link between man & GOD is FAITH


Professor : You are a Muslim, aren’t you, son ? Student : Yes, sir. Professor: So, you believe in GOD ? Student : Absolutely, sir. Professor : Is GOD good ? Student : Sure. Professor: Is GOD all powerful ? Student : Yes. Professor: My brother died of cancer even though he prayed to GOD to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But GOD didn’t. How is this GOD good then? Hmm? (Student was silent.) Professor: You can’t answer, can you ? Let’s start again, young fella. Is GOD good? Student : Yes. Professor: Is satan good ? Student : No. Professor: Where does satan come from ? Student : From … GOD … Professor: That’s right. Tell me son, is there evil in this world? Student : Yes. Professor: Evil is everywhere, isn’t it ? And GOD did make everything. Correct? Student : Yes. Professor: So who created evil ? (Student did not answer.) Professor: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don’t they? Student : Yes, sir. Professor: So, who created them ? (Student had no answer.) Professor: Science says you have 5 Senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son, have you ever seen GOD? Student : No, sir. Professor: Tell us if you have ever heard your GOD? Student : No , sir. Professor: Have you ever felt your GOD, tasted your GOD, smelt your GOD? Have you ever had any sensory perception of GOD for that matter? Student : No, sir. I’m afraid I haven’t. Professor: Yet you still believe in Him? Student : Yes. Professor : According to Empirical, Testable, Demonstrable Protocol, Science says your GOD doesn’t exist. What do you say to that, son? Student : Nothing. I only have my faith. Professor: Yes, faith. And that is the problem Science has. Student : Professor, is there such a thing as heat? Professor: Yes. Student : And is there such a thing as cold? Professor: Yes. Student : No, sir. There isn’t. (The lecture theatre became very quiet with this turn of events.) Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don’t have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can’t go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it. (There was pin-drop silence in the lecture theater.) Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness? Professor: Yes. What is night if there isn’t darkness? Student : You’re wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light. But if you have no light constantly, you have nothing and its called darkness, isn’t it? In reality, darkness isn’t. If it is, were you would be able to make darkness darker, wouldn’t you? Professor: So what is the point you are making, young man ? Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed. Professor: Flawed ? Can you explain how? Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good GOD and a bad GOD. You are viewing the concept of GOD as something finite, something we can measure. Sir, Science can’t even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor, do you teach your students that they evolved from a monkey? Professor: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do. Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir? (The Professor shook his head with a smile, beginning to realize where the argument was going.) Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor. Are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher? (The class was in uproar.) Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor’s brain? (The class broke out into laughter. ) Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor’s brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so. So, according to the established Rules of Empirical, Stable, Demonstrable Protocol, Science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir? (The room was silent. The Professor stared at the student, his face unfathomable.) Professor: I guess you’ll have to take them on faith, son. Student : That is it sir … Exactly ! The link between man & GOD is FAITH. That is all that keeps things alive and moving.

Tuesday, April 10, 2012

Nikah khitbah...

Assalamualaikum…..kasih …..perasaan rindu serta sayang….merupakan suatu perkara yang normal bg makhluk yang bergelar manusia…perasaan tersebutlah yang akan lengkap melengkapi antara seseorang makhluk yang bergelar manusia dengan makhluk yang lain….sesuatu perhubungan yang dibina bertunjangkan cinta kerana Allah…insyaAllah syurga balasannya…bukanlah mudah untuk mencipta suatu hubungan yang diredhai Allah….banyak perkara atau peraturan yang perlu dikedepankan atau diaplikasikan dalam kehidupan perhubungan tersebut…supaya ianya terpelihara….dan seterusnya berkekalan hingga ke syurga… Zaman serba moden ini…khususnya kepada mahasiswa mahasiswi, pelajar-pelajar universiti atau kolej…tak dapat tidak….mesti berkeinginan untuk mencari pasangan hidup masing2….mana tidaknya….umur makin meningkat….dan keinginan untuk mendirikan rumahtangga semakin meluap-luap dalam diri….seperti yang kita dapat lihat sekarang….pelbagai kaedah dalam merealisasikan impian dengan pasangan masing-masing….antaranya bernikah ketika masih bergelar mahasiswa…hehe……so sweet…..pasangan yang mana mendapat bantuan dari ahli keluarga sememangnya beruntung….sokongan sepenuhnya dari ibu dan bapa khususnya…amatlah diperlukan…al maklumlah….still student kan….hehe…selain itu ada juga pasangan pelajar ini yang lebih senang untuk melakukan nikah khitbah….atau sinonim dipanggil dengan bahasa nikah gantung…bagi sahabat-sahabat di luar sana yang masih lagi tidak jelas dengan istilah bahasa nikah gantung nih…insyaAllah…kita cuba berkongsi untuk entry kali ini… Melalui pembacaan, nikah gantung atau nikah khitbah ini juga merupakan suatu majlis pernikahan seperti biasa juga….dimana perlu memenuhi rukun nikah tersebut…antaranya bakal suami, bakal isteri, 2 orang saksi, ijab n qobul, serta wali…pernikahan dijalankan seperti biasa…akan tetapi…perlu wujud suatu perjanjian antara si suami dan keluarga sebelah isteri….dan ianya lebih kepada perjanjian mengenai tanggungan nafkah si isteri oleh suami….sebagai contoh pernikahan antara pasangan yang masih bergelar pelajar….tiada pendapatan tetap dan masih tidak mampu menyara isteri selepas pernikahan….oleh yang sedemikian…..islam melonggarkan sedikit atau meringankan beban si suami ini tadi dengan kaedah meletakkan si isteri terlebih dahulu di bawah penjagaan ibu bapanya….dengan erti kata lain…makan minum dan pakai masih lagi di bawah tanggungan ibu dan bapa si isteri sebentar tadi…walaupun jelasnya pasangan ini tadi telah selamat bernikah…..cantikkan syariat islam nih…….cara untuk menjaga kesucian agama…akan tetapi…jika di dalam tempoh perjanjian ini tadi….si suami membawa pulang si isteri ke rumah si suami…tidak kira sama ada rumah hasil pembelian suami atau rumah sewaan suami….maka secara automatiknya….jatuh nafkah sepenuhnya ke atas suami terhadap si isteri dan bukan lagi si isteri tersebut dibawah tanggungan ibu bapanya lagi…..walau sekalipun isteri melangkah masuk ke rumah suami atas urusan sebentar…maka tetap terbatal perjanjian tersebut… So kepada sahabat-sahabat di luar sana…pasangkan niat dari sekarang….doa pada Allah moga dipercepatkan proses pernikahan…kekadang pernikahan ini perlu diusahakan dari menunggu ianya datang….antara usaha yang boleh dilakukan untuk peringkat awal ini…apa lagi…cepat-cepatlah isi borang kursus pra perkahwinan….hehe…..selamat beramal…..wassalam…… 

Friday, March 16, 2012

Amani...


Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Thursday, March 15, 2012

Karipap cinta...



Assalam…yow……lame btol rasenya x update blog kan…huhu…for the first time in my life….semalam aku berjaya menyahut cabaran seorang sahabat….teringin nak merasa kuih karipap buatan aku….so ape lgi….tanggal 15 march,2012 jam 2 ptg…segalanya bermula…haha…..pertamanya aku hiris kulit ubi kentang…..hampir 8 biji….mcm nak wat meniaga semalam…jgn lupa rendam dalam air…takut nanti lebam plak kentangnya….hehe…petua tuh….seterusnya potong kentang dengan bentuk dadu…potongan haruslah dengan penuh kesabaran…supaya hasilnya cantik dan cermat…kalau x jenuh karang tetamu nak menelan…muahahha…

Sewaktu hndak menghasilkan intinya….perlulah dikisar bawag putih 3 ulas….bawang merah kecik 5 ulas….dan 5 keping cili kering…tapi nak tau x kengkawan…aku terlupa…terletak segenggam cili kering…..apa lagi….dah rasa mcm makan sambal belacan pedasnya……haha…sori yek kengkawan yg menikmati karipap aye…..pedas ckit…tp manisnya ade…muahahhaha…siap dikisar….ape lagi…proses menghasilkan inti karipap….penuh jugak kuali….hehe…aku menumis bahan yg dikisar….masukkan sedikit minyak..biar hingga mendidih…masukkkan bahan yg dikisar td…..pecuhhhh……kuali mengamuk….haha…..wah berasap-rasap umah….aroma pon ade….cm x caye jek aku masakkan….hehe….btw…memang tabik spring ar….

Lama jugak menunggu utk inti nih masak….bukan ape….perlu betol2 masak…supaya nanti tak sakit perot owng makan…kalau x jenuh nanti kan…sape nak menjawab…erm…hampir sejam jugak barulah inti karipap siap dihasilkan….sekejap letak garam…sekejap masuk air…last2….letak gula plak…first time memasak karipap kan…masak yg len dah pro dah….muahahha….ok settle bab inti karipap…Next section plak…nak menghasilkan kulit karipap….kawan2 nak tau….2 kilo tepung aye beli….sekilo kena buang…sebab salah bancuh…tepung jadi terlalu lembik…last2 jadik mcm kueh tempeyek jepun….sabo jelah…

Sekalung tahniah kepada mr shinjuku guys @ syapiq sebab tlg uli….sebab time tuh aku kena lari g kelas jap…haha….balik2 umah tgk dah ada 4 ulas karipap belum digoreng….bila nak angkat masuk kuali melekat kat pinggan…ape lagi…ke tong smpah lah jawabnye…..nih sape lah yg bagi petua nih…nak kena budak pt sulong nih…sabo jelah….terseksa tgk tepong lembik….aku pun apa lagi….menelefon emak dan akak di kg…mintak petua semula….cm ne nak wat kulit karipap…rupa2nya kena letak merjerin…so…I have new skill….so apply…alhamdulilah…menjadi….cantik dan lembut tepung yg diadun…hehe…

Thnks again kepada sedara azizul azdwan @ baby….sebab sudi golek tepung….dan masukkan inti utk menghasilkan karipap…hehe…itulah sedikit sebanyak kisah hidupku di uthm…umah sewa nih…blajo nak jadi orang kan…sebab x lama nak jadi suami dah….so kena ragging lah dulu…semua benda kena blajo…suami mithali….haha…karipap karipap….inilah karipap cinta….hehe…jgn mare…thnks to everybody supporting me….especially my ehem2…haha..guess who…lalalala…ok…c u next episode…take care…wassalam w.b.t… hapy eva after….. 

Saturday, March 3, 2012

Berakit rakit ke hulu...berenang renang ke tepian....bersakit sakit dahulu...bersenang senang kemudian...


Assalam…..sememangnya benar kata pepatah dahulu….berakit rakit dahulu, berenang renang ketepian, bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian…hehe…kesabaran adalah jawapan bg segalanya….alhamdulilah….Allah itu maha adil…sedang lagi Dia maha mengetahui segala apa yg tidak diketahui hambaNya…percaturan Allah bg hambaNya di dunia ini sungguh cantik….tersusun dan penuh hikmah….hanya insan yang beriman…dapat merasai kenikmatanNya….diam tak diam….aku telah bergelar pelajar semester akhir….bila mana diimbau semula pahit getir…penat lelah semasa semester2 yg lepas…bagaikan tak percaya….aku telah pun melaluinya….Ya Allah….segala-galanya mematangkan diriku…bersyukur aku padamu Ya Allah…diberi kesempatan…sehingga ke tahap ini…

Alhamdulilah…aku baru sahaja selamat pulang dr sebuah program….kem weekend escaped 2 2012…program ini dijalankan di kem bina Negara kuala lipis, Pahang darul makmur….tempat kelahiran ct nurhaliza….(bukan ct fatimah k)…..haha….kami menjangkakan sebuah program yg berpengisian agak keras dan mencabar….namun alhamdulilah…ianya lebih santai…mungkin sedikit utk megubah persepsi peserta…ini kerana pada program weekend escaped 1 yg lepas….peserta telah dikejutkan dengan pengisian yg sungguh mencabar dan mengerikan….huhu….walaubagaimanapun….ianya tetap happening…..ini dapat digambarkan melalui riak wajah peserta2 program yang mana tidak henti2 senyum ketika dalam perjalanan pulang ke UTHM….sesama urusetia juga memberikan kerjasama dan komitmen yang sungguh baik dalam menjayakan program ini….kredit utk anda semua…

Pabila dah sem akhir nih…segalanya perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh agar ianya menjadi kenangan yg sangat manis pabila telah bergraduan nanti…..mana taknya……kenangan itulah yang akan menjadi bualan manis utk diceritakan pada anak2 nanti…hehe….terlalu ke hadapan lah plak…haha…..tak mengapa…early planning kan..haha….erm…insyaAllah...kalau ade rezeki....weekend escaped 3 2013....kita berjumpa lgi....sekian...wassalam.....

Saturday, February 4, 2012

Kasihnya ibu membawa ke syurga...


Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut.

Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut.

Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3 bulan yang berbalut dengan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doktor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang dan pengorbanan seorang Ibu...!!

Monday, January 30, 2012

Beza Sahabat,Teman dan Kawan


Apakah sebenarnya erti persahabatan itu?apakah persahabatan itu cukup dengan hanya mengenali dan menjadikan seseorang itu sebagai tempat untuk ketawa berkongsi masalah dan bergurau senda?Apa pula perbezaan antara teman,kawan dan sahabat?Bila bertanya soalan ini kepada sekelompok manusia,mesti ada antara mereka akan menjawab..bezanya ialah sebutan ataupun ejaan lantas ada diantara mereka yang akan ketawa terbahak-bahak dengan jawapan mereka sendiri.Mungkin bagi mereka itu jenaka yang amat mengelikan hati.

Bagi saya teman,kawan dan sahabat terdapat makna yang tersendiri.Istilah teman kawan dan sahabat ini berbeza penggunaannya.Mungkin yang membezakan antara tiga istilah itu adalah kekuatan dalam perhubungan.Bagi saya teman adalah orang yang boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi suka duka dan masalah.Apakah kenyataan saya ini seolah-olah menyatakan bahawa sahabat tidak seperti itu?Sahabat pula bagi saya adalah seseorang yang boleh memahami diri kita disetiap situasi.Dia berperanan lebih istimewa berbanding teman.Kawan pula adalah seseorang yang sama peranannya seperti teman,cuma mungkin keterikatan kawan itu longgar sedikit berbanding teman.Mungkin contoh yang boleh dibawa ialah istilah "kawan makan kawan".Kita tidak menggunakan istilah teman makan teman.Jadi,ia menjadi bukti bahawa keakraban teman itu adalah jauh lebih kuat berbanding kawan.

Saya terfikir kenapa masyarakat melayu lebih banyak menggunakan istilah teman daripada sahabat.Contohnya teman belajar,teman bermain,teman ketawa?malah istilah teman juga digunakan untuk pasangan hidup iaitu teman hidup.Kita tidak menggunakan istilah sahabat hidup dalam perhubungan antara suami isteri.Sahabat lebih menjurus pada sesuatu hubungan yang sama jenis.Maksud saya persahabatan antara lelaki sesama lelaki dan persahabatan antara perempuan sesama perempuan.Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk berperanan sebagai teman dan kawan dalam perhubungan.Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa yang sama.

Teringat saya sewaktu saya disekolah rendah,guru-guru saya selalu bercerita tentang kisah sahabat nabi.Perkataan yang mereka sebut adalah sahabat,mereka tidak pernah menggunakan istilah kawan atau teman nabi.Mungkin waktu itu saya masih kecil dan tidak matang lagi tentang istilah-istilah ini maka saya menanamkan dalam benak fikiran saya bahawa tiada beza antara sahabat dan teman.Setelah belajar bahasa arab saya masukkan dalam minda saya bahawa sahabat-sahabat nabi digelar sahabat kerana itu adalah istilah dalam bahasa arab.Tetapi sekiranya benar begitu kenapa sewaktu kita bercerita tentang kisah hidup nabi bersama para sahabatnya kita tidak menggunakan istilah teman atau kawan?malah didalam bahasa arab juga terdapat kalimah "zamil" yang bermaksud teman(rujukan kamus asri).Mengapa tidak digunakan kalimah "zamil"itu untuk digantikan pada kalimah "sahabat"?

Maka,ketika itu saya merasakan bahawa terdapat perbezaan antara istilah-istilah ini dan boleh saya simpulkan bahawa setiap sahabat adalah teman tetapi setiap teman bukanlah sahabat.Perhubungan dengan sahabat adalah lebih kuat berbanding teman ataupun kawan.Adakah masih wujud lagi insan yang mampu bergelar sahabat diwaktu sekarang ini?Atau mungkinkah kalimah "sahabat" itu sepatutnya perlu dihapuskan memandangkan betapa sukarnya mencari seorang sahabat sepertimana layaknya insan-insan yang bergelar sahabat pada zaman Nabi Muhammad dahulu?.

Saya berpandangan bahawa alaqah antara teman,kawan dan sahabat hanyalah disebabkan perkenalan.Perkenalan antara dua individu membuatkan sesuatu hubungan itu dapat dinamakan dengan kalimah "teman","kawan" dan "sahabat" sehinggakan membuatkan kita terkeliru dan menyangka bahawa istilah-istilah tersebut tidak ada beza antara satu sama lain.Sedangkan keakraban kita dalam hubungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap penggunaan tiga istilah itu.Wallahualam.

http://jannatulnaim.blogspot.com

Wednesday, January 18, 2012

Aisyah Bukhari dan seumpamanya....


Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah YasinDalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk dilembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhariboleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan......

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh NurAisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil,undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi .Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang Negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki,nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas.Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.

2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya
masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari,pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.

Apalah dosa a nak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi."Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium ShahAlam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperangdengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492 . kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya satu demi satu.

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam.Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal,menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati..
"Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para wali Allah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

terkinibersama.blogspot.com

sesiapa yang ingin copy silakan.

Friday, January 13, 2012

Sweet memory....


Assalam...alhamdulilah 4 hari berlalu cutiku di tanah halaman....sri manjung, perak....huhu.....terasa tenang hati berada di samping keluarga tercinta....keletihan yg aku rasai teramat sangat pabila berada di kampus...namun apakan daya....diselitkan juga dgn tugas2 yg hadir tanpa diduga....thnks Dr Nik...i like u so much....muahhahaha...btw....report dah siap pon print out td...mcm mane lah boleh hilang kan...Allah nak uji kot....sabar ijoy....sabar....kan ia sebahagian dr iman....muahhahhaha...esok insyaALLAH aku dan family akan ziarah ke kg belah mak....kuala kangsar perak....katanye nak makan durian...x tau lah kan ade xlagi...teringin jgk sebenarnye....wah bestnya...leh jumpa mak lang n pak lang sekali.....hehe...erm...bilamana dah cuti nih....byk lah xtvt yg boleh di rancang....laksana belom lah tentu lagi....

Gambar hiasan di atas tuh semasa program weekend escape last sem...mmg best giler lah....nih pic yg smpat catch masa dah nak blek dah pown dr kem BTN Alor Gajah Melaka...belah kiri aku tuh siti fatimah @ cik tmot....dan belah kanan aku tuh adik nik hasnah...kami sesama jadi ajk sewaktu program nih....huhu....tp x berupaya jadi ajk pown...sebab kena tibai sekali dalam program....kira sama je lah mcm peserta...papepon best giler....pengalaman yg tidak dapat aku lupakan...dengan x tdonye mlm terakhir tuh...wah wah....pentoi kepala otak...but really best ar...so rugi sape yg x ikot waktu nih....so disebabkan program yg sangat mendapat tempat di hati pesertanya....apa lagi....weekend escape 2 2012 bakal menjelma nek sem baru nih...kepada yg telah terpilih....tahniah dan syabas diucapkan....kepada yg tidak berjaya....jgn berptus asa....InsyaAllah len kali kita bertemu....hehe....so....harap2 peserta kem weekend escape 2 nih dah bersedia lah yek dr segi mental n fizikal....insyaAllah...program ini akanmenjadi suatu kenangan yg terindah dalam hidup anda....amin.....

Semoga....aktiviti2 yang telah dirancang dapat dilaksanakan dgn sebaiknya....harapan kepada seluruh peserta juga AJK dapat berganding bahu...bekerjasama...dalam merealisasikan program ini....sekian...majulah sukan utk negara.....haha.....wsslm....

Wednesday, January 11, 2012

Bulan dan Bintang...


Rembulan cahaya menawan
Menerangi kegelapan malam
Berbintang sinar berkelipan
Menghiasi cahaya rembulan

Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi

Bintang-bintang bertaburan
Di angkasa, angkasa raya
Panduan mereka yang berkelana
Perjalanan oh rembulan
Merentasi cakerawala
Petunjuk perkiraan tahunan

Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi

Sinaran mentari menyinari
Bumi Tuhan ceria kembali
Awan berarak bebasnya
Memayungi alam semesta
Tunduk dan syukur pada Ilahi
Kurniaan abadi

Friday, January 6, 2012

Cabaran....


Assalam...alhamdulilah peperiksaan akhir berjalan dengan lancar...utk sem nih 4 paper exam aku lalui...alhamdulilah sekali lagi exam akan ku duduki sebab 3 paper telah berlalu....but extreme giler....dalam tempoh x sampai 24 jam....sebanyak 2 kali aku berada di dalam peperiksaan...subject killer plak tuh...haha....memang tidak dinafikan....badan rasa lemah dan longlai sangat2....namunku kuatkan jua....hanya semata-mata mendamba kejayaan....subhanAllah...nih lah mehnah dan tribulasi bila mana bergelar pelajar nih...it is not easy to become an engineer....muahaahahha....aku rasa semua pelajar kejuruteraan di luar sana sependapat dgn aku...

Selesai exam siang td,terasa seperti seketul batu besar telah jatuh dr atas kepalaku....haha....skrg rasa ringan lah sikit...selepas solat jumaat td terus berehat....menstabilkan semula kondisi badan dan pemikiran....letih badan...letih kepala otak....erm....hidup sebagai manusia nih tidak dapat tidak akan bertemu dengan ujian atau cabaran hidup kan....aku pun sebagai hamba Allah yg tidak sempurna nih tidak lari dari perkara yg sama....namun apa yg penting....sejauh mana kita berusaha utk menghadapi ujian dan cabaran tersebut...insyaALLAH...setiap permasalahan ada penyelesaiannya kecuali mati...

Dalam konteks persahabatan pula....the most important thing is sincerity (kejujuran)....without this kind of attitude.....wah2...it is hard to develop a strong or good relationship...so selamilah nasihat ini....ia bukanlah mudah kan...but ianya jugak tidak sesusah mana pon...bergantung kepada sejauh mana kita mengolahkannya....kalau baik olahannya....maka cerahlah ia umpama air sungai yg mengalir jernih...namun jika terok olahannya...keroh lah ia umpama banjir tsunami...kotor...dan menghapuskan seluruhnya...

Hampir 2 bulan setengah tak pulang ke kg....rindu sgt2 kat emak.....family....anak2 sedara....kalau balik nanti mesti dwg berlari2 mendapatkan paklang nye....sape lagi...aye lah tuh....haha....so sweet..nak cubit2 pipi dwg...tinju2 ngan dwg...haha....mesti seronok + hilang stress blaja...insyaALLAH...minggu depan jika tiada aral melintang...aku akan pulang ke kg...moga segalanya selamat dan lancar....amin...sekadar ini dulu coretan buat kali ini....ku doakan semoga sahabat2 sekalian yg mengenaliku berada di bawah lambaian rahmat Allah setiap masa dan ketika...moga Allah merahmati kalian...sekian wassalam...