Ahlan Wasahlan...

Thursday, June 7, 2012

Bertemu berpisah...adat kehidupan....



Assalamualaikum warahmatullah….hiwabarokatuh….alhamdulilah…..proses pembentangan projek akhir ijazahku….selesai jua….sesungguhnya…..tanpa izin Allah….maka kerdil lah aku…Dialah yang merancang segala-galanya….sedang aku sebagai hamba…..juga merancang….namun….segala ketetapan adalah dariNya…Allah rabbul jalil….khusus kepada ibunda tercinta serta sanak keluarga yang kurindui…doakan anakmu disini ibu…moga mudah segalanya…….kelak kepadamu ibu…aku tabor bakti balas segala budi dan penat lelah…

Pelbagai perancangan yang hendak dilaksanakan selepas bergelar pemegang segulung ijazah….namun…tidak ketahui…apakah pengawalan dan kesudahannya….kerana apa?…..kerana manusia sememamgnya terbatas dari setiap sudut perkara….suka ingin aku kongsikan disini….tentang planning untuk berkahwin selepas tamat belajar…..mungkin setelah 1 tahun bekerja….mungkin selepas 2-3 tahun….atau mengjangkau 5 tahun dan keatas….ya…..segalanya memerlukan perancangan dan usaha….bergantung kepada seseorang individu tersebut….sinonimnya bagi kaum hawa, mungkin lebih serius atau penuh komitmen dalam persoalan perkahwinan….pelbagai fakta dan kajian telah dilakukan….terhadap kaum hawa….mengenai kesan lambat berkahwin….justeru…tidak hairanlah kalau sejak2 akhir ini….fenomena kahwin semasa muda seperti zaman 60 an dulu menjelma kembali….hehe…..sebagai contoh aku sendiri…sapa yang tak nak kan berkahwin….kena pula dengan insan yang kita cintai…ya….itulah saat2 yang paling dinanti-nantikan bagi setiap pasangan kekasih…

Akan tetapi…kekadang….terpaksa jua kita melengahkan sebentar soal perkahwinan….atas dasar tanggungjawab misalnya…..terhadap ibu atau bapa yang memerlukan kita sebagai anak disampingnya….pengorbanan..pengorbanan…ya pengorbanan…..adakah zalim kita katakan…atau pentingkan diri sendiri jika niat ini kita dahulukan sehingga terpaksa mengorbankan kebahagiaan diri sendiri buat sementara waktu…insan yang diniatkan untuk dijadikan isteri..atau seorang ibu yang berhempas pulas membesar dan mendidik anak2 sehingga dewasa…besar tanggungjawab sebagai anak lelaki…memerlukan pemikiran yang matang dan wajar dalam setiap perilaku dan membuat sesuatu keputusan….bagiku….tiada cinta atas dasar paksaan….segalanya berlaku….atas kehendak Allah…dan jua dengan sejujur keikhlasan….bertemu utara dan selatan….di tengah-tengah kepulauan pantai timur….juga atas kehendak dan kuasa Allah…..tidak pernah kita sebagai manusia dapat menjangka perkara tersebut akan berlaku….namun…ianya telah Allah catatkan sejak dari luh mahfuz lagi…subhanallah….semua atas dasar kekuasaanNya…

Bukan rupa paras yang aku dambakan….cukuplah sekadar bicara dan perilaku mendidik kearah syariat agama…..melabuhkan cinta kepada Allah….dapat menjaga dan mendidik bakal zuriat2 ku nanti…biarlah busuk dan selekeh pada pandangan manusia…..namun wangi dan harum bak kasturi, seperti bidadari di mata Allah….biarlah kurang sifat anggota badannya……namun tidak pernah kurang ibadahnya dan zikir dalam mengingati Allah…..biarlah sombong pada lelaki ajnabinya….namun taat dan tidak pernah sombong….pada Allah…..rasulnya….jua ibu bapanya…..fatimah az zahra seindah nama…siti khadijah…indah terbilang….sumayyah penggongcang dunia….ainul mardhiah…..serikandi tercipta…Ya Allah…jika benar ia jodohku…seperti mana perancanganMu….maka titiplah hatiku dan hatinya…..semata-mata keranaMu Ya Allah…akan tetapi…jika ia bukanlah untukku…maka Engkau lapangkanlah hati kami Ya Allah…..sesungguhnya kepadaMu aku berserah….dan mengadu nasib ya Allah…

Buat sahabatku…aku mencintaimu sepenuh hatiku semata-mata kerana Allah…tiada lain terbuku dihati….selain ingin menyuntingmu sebagai bidadari syurga di dalam hatiku…aku berharap agar engkau dapat bersabar…..dan menggunakan masa dan ketika ini sebaiknya…..untuk berjasa kepada ibumu yang tersayang…insyaALLAH….jika ditakdirkan Allah kita bersama…..sejauh manapun kita berpisah…..kita akan berjumpa juga suatu hari nanti akhirnya….ingatlah….tiada yang dijadikan Allah sia-sia….melainkan dengan hikmah dan asbab yang benar semata-mata…..moga ianya dapat mendidik kita menjadi insan yang penyabar….selain meningkatkan taqwa kepadaNya….salam rindu buat sahabat dan keluarga…..akhir kalam…bertemu dan berpisah kita semata-mata kerana Allah…..waalaikummussalam….warahmatullah….