Ahlan Wasahlan...

Sunday, August 7, 2011

Cebisan Kenangan...





Jenazah di belakang makmum semasa solat asar didirikan...Solat jenazah didirikan sebaik selesai solat asar...


TAMAN PERSEMADIAN ISLAM SRI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZHUAN



Antara sahabat-sahabat yang hadir


Sahabat-sahabat bersama ayah arwah

Assalam…..7 ramadhan bersamaan 7 ogos 2011 jam 3.30 pagi…aku dikejutkan dengan berita kembalinya sahabat tersayang adik MUHAMAD FAIZ NORZAILAND ke rahmatullah…Al-Fatihah buat arwah…sebak rasa hati…jantung berdegup kencang…menggigil seluruh anggota badan…satu persatu kenangan bersama arwah memancut keluar dari sebenak pemikiran…jatuh semuanya membanjiri diri…Ya Allah…sekali lagi ujian Engkau hadapkan kepada hambaMu ini ya Allah…selepas pemergian ayahandaku yang tercinta dulu…aku redha ya Allah…aku redha dengan ketentuanMu…dari Allah kita datang…kepada Allah jua lah kita dikembalikan…

Ungkapan asy-Syaheed Sayyid Qutb di ambang kepulangannya kepada ar-Rahmaan:

Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi

Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar...

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata terakhir arwah di telingaku…abang ijoy,raya nih kita berziarah ke rumah kak wani yek…sempat jugak bergurau soal jdoh…arwah adikku ini pemalu orangnya…tp kdg2 nakal jugak…arwah pergi dalam usia yang masih muda…semuda 23 tahun…terlalu banyak kenangan manis dan pahit kami lalui bersama…juga dengan sahabat-sahabat yang lain….Ya Allah…sesungguhnya Engkau lebih menyayanginya…...Adakalanya Dia memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana DIA mengerti keperluan hambaNYA, adakalanya DIA mengambil semula tanpa memberitahu kerana DIA sentiasa tahu apa yg terbaik untuk kita dan semoga kita sentiasa dikurniakn segala yg terbaik daripada NYA…amin ya rabbal alamin…

Pertama kali aku mengenalinya adalah sewaktu arwah mendaftar masuk ke kamsis puo…dari situlah mekarnya kasih sayang antara kami bersama-sama sahabat dan sahabiah yang lain…kami senang dengan perwatakannya yang sungguh bersederhana…dia seorang yang tegas dalam bekerja…namun senyuman di kala penat membanting tulanglah penyeri segala-galanya…Allahu akhbar…terharu rasa hatiku apabila melihat begitu ramai sahabat sahabiah yang hadir menziarahi arwah semalam…boleh kata dari seluruh Malaysia sibuk hubung menghubung apabila mendapat berita tentang kematian arwah…tidak kurang juga yang datang…aku sebagai sahabat yang terdekat dengan rumah Allah antara yang paling terkesan dengan pemergiannya…telefon tidak henti2 berbunyi dengan panggilan dan pesanan…ruang group ex-pssi dan kamsis puo jua tidak kering2 dengan post terbaru mengenai arwah…sempat jua aku melihat post terakhir arwah di ruang wall fbnye…kata arwah “ Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi "

Seperti telah dapat merasakan sisa-sisa hidup di dunia, sempat berpesan sebelum pergi buat selama-lamanya, kepada arwah adikku faiz…semoga dikau tenang di sana..insyaAllah di syurga kita berjumpa….sekian….ikhas dari sahabat yang merinduimu…amin…

2 comments:

jendeladihatiku.blogspot.com said...

Moga r0h Akhi Faiz di cucuri Rahmat-Nya dan ditempatkan bersama Para Soleh... Ameen...
Al-Fatihah

ar-rijal said...

insyaAllah...sama2 kita doakan....moga roh arwah ditempatkan bersama para solihin....amin....