Ahlan Wasahlan...

Wednesday, August 24, 2011

Renungan semalam...


Assalam…still dalam hujung2 ramadhan….genap 24 ramadhan hari ini…sekejap benar masa berlalu…ramadhan bakal berlalu pergi meninggalkan kita…syawal pula bakal menjelma…bagaimana ramadhan kita kali nih…renung2kan lah bersama…dalam memahami agama islam ia bukanlah terlalu sukar…walaubagaimanapun ia juga tidak boleh dipandang terlalu mudah…bersederhanalah dalam mencarinya….insyaALLAH…ia dapat kita fahami dan perhalusi dengan sebaiknya-baiknya…

Terkenang kata2 sahabat yang terpangil untuk berkongsi sedikit ttg islam…islam terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu syariat, makrifat,taurikad dan hakikat…keempat-empat perkara ini perlulah dipelajari, difahamkan, diamalkan, dan seterusnya disampaikan kepada sesama saudara islam…tidak lengkap mencari redha Allah sekiranya ke empat2 perkara ini tidak dilakukan secara seiring dalam kehidupan kita manusia yang mengaku beriman kepada Allah.

Manusia yang beriman yakni mengaku keesaan Allah wajib mengikut perintahNya…tidak boleh sama sekali mengambil agama secara sebahagian…percaya adanya Allah…beriman kepadaNya..akan tetapi melanggar perintahNya…mengapa hujung2 usia dunia yang terlalu tua ini ramai yang berperlakuan begini…tahu akan syariat agama…tp tidak berpegang kepadanya…nafsu dijadikan tunjang utama dalam diri sehingga agama dicampakkan ketepi…musahabah diri kita semua…andai esok kita dijemput Allah pergi…adakah kita telah bersedia…sejauh mana harta akhirat kita…renung2kan lah…

Tidak kurang juga akhir zaman ini manusia sering memperbincangkan mengenai isu agama…di corong2 radio….media2 massa…kedai makan…dan byk tempat lain lagi…ia benar…sampaikanlah walau sepotong ayat Allah…pahala bgmu…tp cukupkah kalau sekadar menyampaikan…bagaimana pula dengan dirimu wahai penyampai…adakah kamu beramal dengan ilmu yang kamu ada…itu yang menjadi persoalan…surah as-saf ayat 2 : Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!...sesungguhnya celakalah bagi orang2 yang memperkatakan tentang sesuatu kebaikan wal hal dia tidak beramal dengan kata2 nya itu…

MasyaAllah…sehingga ke tahap itu syaitan menusuk masuk ke hati manusia…syaitan telah berjanji pada Allah bahawa dia akan senangtiasa menyesatkan anak adam sehingga ke akhirnya…teringat juga aku akan 3 persoalan yang mana pernah diajukan oleh seorang pemuda nih kepada seorang guru agama…yang mana 3 persoalan ini telahpun ditanya beliau kepada ahli2 akademik yang berpendidikan tinggi…bergelar profesor2….namun menjumpai jalan buntu…

Dengan takdir Allah…berjumpa lah pemuda nih dengan seorang insan yang bergelar guru agama ini tadi…dari sudut pendidikan akademik tiada lah sehebat mana….namun pengabdiannya pada Allah…itulah segala-galanya…soalan yang pertama…tentang kewujudan Allah…benarkan Allah itu wujud…yang kedua tentang takdir…apakah yang dimaksudkan dengan takdir…soalan yang ketiga… kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api?,tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

Tiba-tiba guru agama tersebut menampar pipi si pemuda dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab guru agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”. “Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru agama tersebut bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru agama tersebut bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama. Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?”“Tidak” jawab pemuda.“Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama. Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit” . Jawab pemuda.“Pipi anda diperbuat dari apa?”“ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.

Maha suci Allah…begitu besar kekuasaanNya…tidak dapat ditafsir oleh kita sebagai manusia yang sesungguhnya sentiasa terbatas dari segala perkara…begitu juga dalam konteks menutup aurat…mendirikan solat…dan byk lagi…semuanya adalah perintah Allah..hendak atau tidak…bg insan yang beriman kepada Allah wajib memenuhinya…jgn diberi alasan tidak dapat menjiwai lagi…tidak smpai seru lagi…dan seangkatan dengan ayat di atas…ajal maut di tangan tuhan…kita tidak mengetahui….sewajarnya lah kita bersedia dr sekarang…jangan kita menyesal di akhirat kelak…muhasabah diri kita di akhir2 ramadhan yang penuh barokah ini….moga kita tergolong di kalangan orang2 yang beriman…amin ya rabbal alamin…peringatan utk diri yang hina ini juga…semoga kita semua beroleh manfaat di dunia wal akhiroh…insyaAllah…sekian wassalam warahmatullah…

No comments: