Ahlan Wasahlan...

Monday, November 28, 2011

Insan kerdil...


Assalam….bergelar pelajar tahun akhir memang tak dapat tidak diberatkan dengan kerja-kerja, projek, atau tugasan yang setimpal atau relevan dengan status pelajar tahun akhir…antaranya PSM (Projek Sarjana Muda)…hehe….memang best dengan momentum yang sungguh jitu….bak kata ahli fizik lah…menjadi salah seorang dari ribuan pelajar kejuruteraan memang sangat mencabar…akan tetapi….jika kena pada caranya…ianya akan menjadi suatu kenangan yang sungguh indah dan bermakna dalam hidup anda…

InsyaAllah kajian yang sedang aku bangunkan ini berkisarkan mengenai keselesaan termal manusia…yang mana kajian ini bakal aku jalankan di dalam kawasan kompartmen kereta…huhu….parameter yang ingin aku kaji adalah suhu…hehe…nampak mcm mudahkan…berat mata memandang….berat lagi bahu memikul….begitulah yang dapat aku ungkapkan….insyaALLAH….kajian ini sangat menarik….btw…aku berdoa agar PSM aku nih bakal dijayakan dengan lancar…moga Allah senangtiasa menolongku…amin…

Namun begitu….di dalam sibuk menyiapkan kerja-kerja PSM yang nampaknya masih tidak siap2 lagi nih….tidak pula aku lupakan tanggungjawab aku sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini…ianya perlulah berjalan seiring dengan aktiviti dunia yang tidak pernah mengenal erti letih ini kan…teringat kembali pada bait2 kata sahabat aku ketika menjamu makan tengahari sebentar tadi…” janganlah kita terlalu menyanjung seseorang itu atas kebaikannya…kerana kelak atas satu cuma keburukannya,maka kita akan memandang rendah ia selama-lamanya”…begitulah lebih kurang bunyinya…

Namun apapun yang diungkapkan atau dibicarakan…aku tetap mempunyai pendapat atau cara yang berbeza…tidaklah perlu sesuatu perkara itu kita rumitkannya…kerana ia bakal menyusahkan kita nanti…akan tetapi…ambil lah ia secara mudah dan ringkas…kerana ia lebih pantas untuk kita yang bergelar manusia…bila mana kita bantu agama Allah, maka Allah akan bantu kita jua dan memperkukukan kedudukan kita…itu kan janji Allah….berprasangka baik terhadap sesama saudara seagama merupakan suatu kewajipan kepada insan yang mengaku beriman kepada ALLAH….justeru…bersihkanlah hati kita wahai sahabat…insyaAllah..perkara keji dapat kita hindari….selamat beramal…sekian….wassalam warahmatullah….

No comments: