Tuesday, December 25, 2012
Bicara Hati
Tuesday, December 18, 2012
Di titian sebuah penantian...
Monday, September 10, 2012
Pencarian yang halal...
Assalamualaikum…..alhamdulilah….dengan izin Allah….aku berjaya mendapatkan pekerjaan setelah hampir sebulan setengah menamatkan pengajian di universiti…aku antara graduan yang terawal menjawat pekerjaan….memang benar ini semua rezeki dari Allah…tiada lain niatku hanya untuk membantu meringankan beban keluarga…Nampak penat sgt emakku memerah keringat selama nih dalam membesarkan aku dan adik beradik yang lain…alhamdulilah…gaji pertamaku diperuntukkan lebih kepada untuk bersedekah….kepada keluarga…serta anak2 sedara…terutamanya kepada ibuku…melihat kepada riak wajah gembira pada raut wajah ibu dan seluruh keluarga…aku rasa senang….sungguh lama mereka menunggu untuk merasai wang hasil dari titik peluhku….pada saat dan ketika itu….Allah telah merealisasikan segalanya…..amin Ya Allah….Allah humma amin….
Engkau berkatilah rezeki aku dan keluargaku Ya Allah…..permudahkanlah urusan kami di duniamu ini Ya Allah….gaji pertama kujuga diniatkan untuk membeli sebentuk cincin……aku niatkan untuk merisik seorang sahabat yg mana hampir 5 tahun aku berkawan dengannya…..alhamdulilah juga telah tercapai…aku yakin sesungguhnya Allah telah menitipkan aku untuknya….tinggal lagi aku dan dia perlu berusaha sehingga ke gerbang pernikahan…..insyaAllah…jika niat untuk menyempurnakan ibadah itu ada dalam lubuk hati…Allah akan permudahkannya…
Cadangnya waktu majlis konvokesyen kami nanti..aku dan keluarga akan terus merisik dia….moga Allah permudahkan niatku ini….teringat bait2 kata si dia sebentar tadi…kalau boleh bulan2 tahun depan terus nak nikah…nikah khitbah katanya….subhanallah…cukup memahami kehendak islam itu sendiri…..kewajipan dalam mencari perkara yg halal….fardhu bagi umat islam….syukur aku sekali lagi kerna dikurniakan sahabat yang memahami islam….aku juga senang dengan ibunya….sentiasa memudahkan urusan anak2…selagi mana berteraskan syariat agama….tiada dilarang…
Ku mohon pada si dia….teruskanlah berdoa pada Allah…semoga segala yg kita impikan selama nih menjadi kenyataan….berdoalah agar ibu dan keluarga kita masing2 senangtiasa menyokong kita dalam niat untuk mendirikan masjid ini….banyakkan berdoa….bermunajat pada Allah….insyaAllah…pasti ada jalannya…by the way…thnks sahabat for the real love story directly from ur blog….hehe…alhamdulilah sempat baca…dan daku memahami maksud hatimu….huhu….so jom jom tido…..esok sesame nak kije kan…don’t forget for texting me tomorrow morning k…huhu….salam rindu untukmu….assalamualaikum….
Sunday, July 8, 2012
Muhasabah terbesar
Pahatkan nisan serangkum syair.....keluh pujangga....kasih tak sampai...assalam…alhamdulilah…bersyukur kita kehadrat Illahi….dengan izinNya…dapat sama2 kita menikmati kehidupan sehingga ke hari ini….alhamdulilah…..genap 2 minggu aku menamatkan zaman universitiku…mungkin ini yang terakhir…..atau mungkin masih berbaki lagi pada masa akan datang…sekejap benar masa berlalu….pejam celik pejam celik…berjaya juga aku menamatkannya…kini aku kembali semula kepangkuan keluarga setelah hampir 6 tahun berhijrah…kembara menimba ilmu…sungguh hijrah ini….mengajar aku untuk lebih matang….juga mengenal erti kehidupan yang sebenar-benarnya…
Apabila banyak masa diluangkan dirumah….kadang2 memori lama terbingkis satu demi satu…bagai tidak percaya….aku sudah seusia ini…hampir menjangkau 26 tahun…suka duka kehidupan telahpun kutempuh…pahit dan manis…..asam garam bergelar khalifah di muka bumi…akan tetapi….sejauh manakah tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan Allah kepadaku……aku galas dengan sebenar-benarnya……ampunkan hambaMu ini Ya Allah…sesungguhnya aku amat hina disisiMu….
Ikhlas aku senang memiliki sahabat yang apabila berbicara kalam dengannya….membuat aku takut akan Allah…mendengar bait-bait katanya…membuat aku ingat akan kematian…memandang wajahnya….terserlah runtun wajah penghambaan pada sang pencipta…Ya Allah…Kau kurniakanlah daku sahabat yang melabuhkan cintanya padaMu Ya Allah….titipkanlah hati kami Ya Allah kejalan yang lurus…yakni jalan yang Engkau redhai….jangan Kau palingkan hati2 kami dari mengingatiMu Ya Allah….sesungguhnya….padaMulah tempat kami bergantung harap…
Aku Hadapkan wajah (Diriku) kepada (Allah) yang telah menciptakan langit-langit dan bumi dengan berserah diri kepada kebenaran (Sebagai) Orang Muslim, dan tidaklah aku sebahagian dari orang-orang musrik. Sesungguhnya, Solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku semata-mata untuk Allah Tuhan Sekalian Alam. Tiada Sekutu BagiNya dan dengan demikian itu aku di perintahkan dan aku sebahagian dari orang-orang Islam
Ingatlah sahabat semua……mati itu pasti….syurga neraka itu pasti….azab kubur itu pasti…alam barzakh itu pasti…ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara….lapang sebelum sempit……hidup sebelum mati…sihat sebelum sakit….muda sebelum tua…kaya sebelum miskin….dan sesungguhnya muhasabah yang paling besar itu adalah dengan mengingati mati….wallahualam…akhulikhauli haza wastaqfirullah hiwalakum….wassalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh….
Monday, July 2, 2012
Tahajjud cinta...
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan
Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..
wooo..ooo
waaa…haa
Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu
aa….
hmmm….
woo.. Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..
Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud
Thursday, June 7, 2012
Bertemu berpisah...adat kehidupan....
Assalamualaikum warahmatullah….hiwabarokatuh….alhamdulilah…..proses pembentangan projek akhir ijazahku….selesai jua….sesungguhnya…..tanpa izin Allah….maka kerdil lah aku…Dialah yang merancang segala-galanya….sedang aku sebagai hamba…..juga merancang….namun….segala ketetapan adalah dariNya…Allah rabbul jalil….khusus kepada ibunda tercinta serta sanak keluarga yang kurindui…doakan anakmu disini ibu…moga mudah segalanya…….kelak kepadamu ibu…aku tabor bakti balas segala budi dan penat lelah…
Pelbagai perancangan yang hendak dilaksanakan selepas bergelar pemegang segulung ijazah….namun…tidak ketahui…apakah pengawalan dan kesudahannya….kerana apa?…..kerana manusia sememamgnya terbatas dari setiap sudut perkara….suka ingin aku kongsikan disini….tentang planning untuk berkahwin selepas tamat belajar…..mungkin setelah 1 tahun bekerja….mungkin selepas 2-3 tahun….atau mengjangkau 5 tahun dan keatas….ya…..segalanya memerlukan perancangan dan usaha….bergantung kepada seseorang individu tersebut….sinonimnya bagi kaum hawa, mungkin lebih serius atau penuh komitmen dalam persoalan perkahwinan….pelbagai fakta dan kajian telah dilakukan….terhadap kaum hawa….mengenai kesan lambat berkahwin….justeru…tidak hairanlah kalau sejak2 akhir ini….fenomena kahwin semasa muda seperti zaman 60 an dulu menjelma kembali….hehe…..sebagai contoh aku sendiri…sapa yang tak nak kan berkahwin….kena pula dengan insan yang kita cintai…ya….itulah saat2 yang paling dinanti-nantikan bagi setiap pasangan kekasih…
Akan tetapi…kekadang….terpaksa jua kita melengahkan sebentar soal perkahwinan….atas dasar tanggungjawab misalnya…..terhadap ibu atau bapa yang memerlukan kita sebagai anak disampingnya….pengorbanan..pengorbanan…ya pengorbanan…..adakah zalim kita katakan…atau pentingkan diri sendiri jika niat ini kita dahulukan sehingga terpaksa mengorbankan kebahagiaan diri sendiri buat sementara waktu…insan yang diniatkan untuk dijadikan isteri..atau seorang ibu yang berhempas pulas membesar dan mendidik anak2 sehingga dewasa…besar tanggungjawab sebagai anak lelaki…memerlukan pemikiran yang matang dan wajar dalam setiap perilaku dan membuat sesuatu keputusan….bagiku….tiada cinta atas dasar paksaan….segalanya berlaku….atas kehendak Allah…dan jua dengan sejujur keikhlasan….bertemu utara dan selatan….di tengah-tengah kepulauan pantai timur….juga atas kehendak dan kuasa Allah…..tidak pernah kita sebagai manusia dapat menjangka perkara tersebut akan berlaku….namun…ianya telah Allah catatkan sejak dari luh mahfuz lagi…subhanallah….semua atas dasar kekuasaanNya…
Bukan rupa paras yang aku dambakan….cukuplah sekadar bicara dan perilaku mendidik kearah syariat agama…..melabuhkan cinta kepada Allah….dapat menjaga dan mendidik bakal zuriat2 ku nanti…biarlah busuk dan selekeh pada pandangan manusia…..namun wangi dan harum bak kasturi, seperti bidadari di mata Allah….biarlah kurang sifat anggota badannya……namun tidak pernah kurang ibadahnya dan zikir dalam mengingati Allah…..biarlah sombong pada lelaki ajnabinya….namun taat dan tidak pernah sombong….pada Allah…..rasulnya….jua ibu bapanya…..fatimah az zahra seindah nama…siti khadijah…indah terbilang….sumayyah penggongcang dunia….ainul mardhiah…..serikandi tercipta…Ya Allah…jika benar ia jodohku…seperti mana perancanganMu….maka titiplah hatiku dan hatinya…..semata-mata keranaMu Ya Allah…akan tetapi…jika ia bukanlah untukku…maka Engkau lapangkanlah hati kami Ya Allah…..sesungguhnya kepadaMu aku berserah….dan mengadu nasib ya Allah…
Buat sahabatku…aku mencintaimu sepenuh hatiku semata-mata kerana Allah…tiada lain terbuku dihati….selain ingin menyuntingmu sebagai bidadari syurga di dalam hatiku…aku berharap agar engkau dapat bersabar…..dan menggunakan masa dan ketika ini sebaiknya…..untuk berjasa kepada ibumu yang tersayang…insyaALLAH….jika ditakdirkan Allah kita bersama…..sejauh manapun kita berpisah…..kita akan berjumpa juga suatu hari nanti akhirnya….ingatlah….tiada yang dijadikan Allah sia-sia….melainkan dengan hikmah dan asbab yang benar semata-mata…..moga ianya dapat mendidik kita menjadi insan yang penyabar….selain meningkatkan taqwa kepadaNya….salam rindu buat sahabat dan keluarga…..akhir kalam…bertemu dan berpisah kita semata-mata kerana Allah…..waalaikummussalam….warahmatullah….
Wednesday, May 30, 2012
Perit...
Subscribe to:
Posts (Atom)




